Enceladus (en-sel'-ə-dəs, IPA /ɛnˈsɛlədəs/, Greek Εγκέλαδος) ialah bulan Zuhal ke-6 terbesar, ditemui pada 1789 oleh William Herschel[12][13]. Kapal angkasa Voyager pada awal 1980-an mendapati diameter Enceladus cuma 500 kilometer (310 bt), satu persepuluh bulan terbesar Zuhal, Titan, dan ia memantulkan hampir semua cahaya matahari yang mengenainya. Walaupun saiznya kecil, Enceladus mempunya jenis permukaan yang pelbagai daripada permukaan berkawah yang banyak dan tua hingga bentuk muka bumi yang dibentuk oleh tektonik muda.

Fakta Segera Penemuan, Ditemui oleh ...
Enceladus
Thumb
Bulan Enceladus dilihat daripada Voyager 2, 1981
Penemuan
Ditemui olehWilliam Herschel
Tarikh penemuan28 Ogos 1789[1]
Designasi
Sebutan/ɛnˈsɛlədəs/ en-SEL-ə-dəs
Nama alternatifZuhal II
Ciri-ciri orbit
Paksi semimajor237948 km
Kesipian0.0047[2]
Tempoh orbit1.370218 h[3]
Kecondongan0.019° (daripada khatulistiwa Zuhal)
Satelit bagiZuhal
Ciri-ciri fizikal
Dimensi513.2×502.8×496.6 km [4]
Min jejari252.1±0.2 km[4] (0.0395 Bumi, 0.1451 Bulan)
Jisim(1.08022±0.00101)×1020 kg[5] (1.8×10-5 Bumi)
Min ketumpatan1.609±0.005 g/cm³[4]
Graviti permukaan khatulistiwa0.114 m/s² (0.0113 g)
Halaju lepas0.239 km/s (860.4 km/j)
Tempoh putaranSegerak
Kecondongan paksiSifar
Albedo1.375±0.008 (geometri) atau 0.99 (Bond) [6]
Suhu min purata max
Kelvin[7] 32.9 K 75 K 145 K
Magnitud ketara11.7 [8]
Atmosfera
Tekanan atmosferasurih, keragaman ruang ketara[9][10]
Komposisi91% wap air
4% nitrogen
3.2% karbon dioksida
1.7% metana[11]

    sunting
    Lihat pendokumenan templat ini
    Lihat pendokumenan templat ini
    Tutup

    Pada 2005, Cassini mula melintas terbang Enceladus. Kuar ini menemui bukti kewujudan air di Enceladus, kepulan kaya-air yang meletus dari kawasan kutub selatan bulan ini.[14] Kriovolkano meledakkan jet wap air ala-geiser, bahan meruap lain, dan pepejal seperti hablur natrium klorida dan ais ke angkasa, berjumlah lebih kurang 200 kilogram (440 lb)* sesaat.[15][16][17] Sebahagian air ini jatuh kembali ke permukaan sebagai "salji".

    Penemuan ini, dan kehadiran pengeluaran haba dalaman menandakan bahawa Enceladus, dan daerah kutub selatan khususnya, masih aktif secara geologi kini. Enceladus ialah salah satu daripada tiga jasad sistem suria (bersama dengan bulan Musytari Io dan bulan Neptun Triton yang letusan aktifnya dapat diamati. Pada 2014, NASA melaporkan bukti adanya lautan bawah tanah air cecair besar di kutub selatan Enceladus dengan ketebalan kira-kira 10 km telah dijumpai oleh Cassini.[18]

    Rujukan

    Pautan luar

    Wikiwand in your browser!

    Seamless Wikipedia browsing. On steroids.

    Every time you click a link to Wikipedia, Wiktionary or Wikiquote in your browser's search results, it will show the modern Wikiwand interface.

    Wikiwand extension is a five stars, simple, with minimum permission required to keep your browsing private, safe and transparent.