Ernst Lindemann
From Wikipedia, the free encyclopedia
Otto Ernst Lindemann (28 Mac 1894 - 27 Mei 1941) merupakan seorang Kapitän zur See (Kapten laut) Jerman. Beliau juga merupakan satu-satunya komander kapal tempur Bismarck selama lapan bulan dalam perkhidmatannya dalam Perang Dunia Kedua.
Ernst Lindemann | |
---|---|
Kelahiran | (1894-03-28)28 Mac 1894 Altenkirchen, Empayar Jerman |
Meninggal dunia | 27 Mei 1941(1941-05-27) (umur 47) Atlantik Utara |
Disemadikan | (48°10′N 16°12′W) |
Kesetiaan | Empayar Jerman (1913–18) Republik Weimar (1918–33) Jerman Nazi (1933–41) |
Perkhidmatan | Kaiserliche Marine Reichsmarine Kriegsmarine |
Tahun perkhidmatan | 1913–41 |
Pangkat | Kapitän zur See (Kepten) |
Unit | SMS Hertha SMS Lothringen SMS Bayern SMS Hannover SMS Elsass SMS Schleswig-Holstein SMS Hessen Kruiser berat Admiral Scheer |
Arahan | Kompeni Pertama Artileri, Friedrichsort Jabatan Pembinaan Kapal, OKM Sekolah Artileri Tentera Laut Bismarck |
Pertempuran | |
Anugerah | Knight Cross of the Iron Cross (anumerta) |
Hubungan | Ernst Heinrich Lindemann (datuk) Georg Lindemann (sepupu) |
Lindemann menyertai Tentera Laut Imperial Jerman (Kaiserliche Marine) pada tahun 1913, dan selepas latihan ketenteraan asasnya, berkhidmat untuk beberapa kapal perang semasa Perang Dunia Pertama sebagai pegawai telegrafi wayarles. Semasa berkhidmat di kapal SMS Bayern, beliau menyertai Operasi Albion pada tahun 1917. Selepas Perang Dunia Pertama, beliau berkhidmat untuk pelbagai kedudukan latihan artileri dan staf tentera laut. Selepas satu tahun tercetusnya Perang Dunia Kedua, beliau dilantik sebagai komander kapal tempur Bismarck, yang pada masa itu merupakan kapal paling besar digunakan di seluruh dunia dan merupakan kebanggaan Kriegsmarine (Tentera Laut Jerman).
Pada Mei 1941, Lindemann mengendalikan Bismarck semasa Operasi Rheinübung. Bismarck dan kruiser berat Prinz Eugen membentuk pasukan petugas di bawah perintah Laksamana Günther Lütjens di atas kapal Bismarck. Arahan adalah untuk keluar dari pangkalan mereka di Poland yang sudah ditakluk oleh Nazi Jerman untuk menyerang lorong perkapalan saudagar British di Lautan Atlantik. Penglibatan utama pertama pasukan petugas ialah Pertempuran Selat Denmark yang mengakibatkan tenggelam HMS Hood. Tidak lebih dari seminggu kemudian, pada 27 Mei, Lindemann dan kebanyakan anak kapalnya meninggal dunia dalam pertempuran terakhir Bismarck.
Beliau dianugerahi pingat Knight Cross of the Iron Cross (Ritterkreuz des Eisernen Kreuzes), pada masa itu merupakan penghargaan tertinggi untuk pasukan ketenteraan Jerman Nazi. Pingat itu disampaikan kepada balunya, Hildegard, pada 6 Januari 1942.