From Wikipedia, the free encyclopedia
Franc [frongk] (₣) merupakan nama beberapa unit matawang. Franc yang paling dikenali ialah Franc Switzerland yang merupakan antara mata wang yang terpenting di dunia. Franc juga merupakan nama mata wang Perancis dahulu, iaitu Franc Perancis, sebelum negara tersebut menerima pakai euro sebagai mata wang. Nama franc dikatakan berasal daripada inskripsi bahasa Latin francorum rex (Raja Orang Frank) pada syiling Perancis awal, atau perkataan bahasa Perancis franc, yang bermakna "bebas" atau "jujur."
Matawang ini berasal daripada munculnya suatu kepingan emas dari Perancis yang ditukang pada tahun 1360 sempena meraikan pembebasan Raja Jean II daripada penahanan pihak Inggeris semasa Pertempuran Poitiers empat tahun lalu. Kepingan ini ditimbang seberat 3.87g dan bersamaan nilainya dengan satu paun Tours (livre tournois).
Seamless Wikipedia browsing. On steroids.
Every time you click a link to Wikipedia, Wiktionary or Wikiquote in your browser's search results, it will show the modern Wikiwand interface.
Wikiwand extension is a five stars, simple, with minimum permission required to keep your browsing private, safe and transparent.