Freetown
From Wikipedia, the free encyclopedia
Freetown ialah ibu negara sekaligus bandar terbesar di Sierra Leone Bandar yang didirikan pada 11 Mac 1792 ini memiliki wilayah seluas 357 km² dan penduduk berjumlah 1,070,200 (2006). Ia merupakan bandar pelabuhan utama di Lautan Atlantik malah merupakan pelabuhan semula jadi terbesar di Afrika; pelabuhan ini merupakan muara besar terbentuk hasl pertemuan sungai Bankasoka dan sungai Rokel.
Freetown | |
---|---|
Negara | Sierra Leone |
Kawasan | Kawasan Barat |
Daerah | Daerah Bandar Kawasan Barat |
Diasaskan | 11 Mac 1792 |
Pentadbiran | |
• Jenis | Majlis perbandaran |
• Datuk bandar | Herbert George-Williams (APC) |
Keluasan | |
• Jumlah | 357 km2 (138 batu persegi) |
Aras | 26 m (84 ft) |
Penduduk (2006) | |
• Jumlah | 1,070,200 |
• Kepadatan | 2,997.8/km2 (7,764/batu persegi) |
Zon waktu | Waktu Min Greenwich |
Kota ini ditubuhkan 11 Mac 1792 oleh abolisionis Lt. John Clarkson serta orang kulit hitam dari Tiga Belas Jajahan Amerika British dan sebilangan orang petempat Nova Scotia dengan kerjasama Syarikat Sierra Leone, petempatan ini merupakan pengganjaran pihak British kepada para warga kulit hitam Amerika yang taat setia semasa Perang Revolusi yang menjanjikan kemerdekaan daripada perhambaan atas jasa mereka yang tidak sahaja berpaling tadah daripada pemilikan malah memerangi warga koloni yang menduduki Amerika pada ketika itu.
Kota ini terbahagi kepada kawasan perbandaran East End, Central, dan West End kesemuanya dibahagikan kepada 8 mukim: East I, East II, East III, Central I, Central II, West I, West II, and West III.