From Wikipedia, the free encyclopedia
Kelas Formidable adalah merupakan sebuah frigat halimunan pelbagai peranan terkini yang memasuki perkhidmatan dengan Angkatan Laut Republik Singapura. Kelas ini merupakan terbitan daripada frigat Kelas La Fayette, sebuah frigat pelbagai misi yang digunakan oleh Tentera Laut Perancis.[1] Frigat kelas ini dianggap sebagai “penempur permukaan paling canggih di Asia Tenggara".[2] Enam buah kapal dari Kelas Formidable membentuk Skuadron 185 di dalam Angkatan Laut Republik Singapura.
RSS Steadfast pada 2008 | |
Gambaran keseluruhan kelas | |
---|---|
Nama: | Formidable |
Pembina: | DCNS, ST Engineering (Marine) |
Pengguna: | Angkatan Laut Republik Singapura |
Jumlah disiapkan: | 6 |
Jumlah aktif: | 6 |
Ciri-ciri umum | |
Jenis: | Frigat |
Sesaran: | 3,200 tan |
Panjang: | 114.8 m (377 ka) |
Lunas: | 16.3 m (53 ka) |
Draught: | 6.0 m (19.7 ka) |
Installed power: | 4 × penjana diesel ISM V1708, setiap satu menghasilkan 800 kW |
Jana kuasa: | 4 × MTU 20V 8000 M90, each rated at 8200 kW (CODAD) |
Halaju: |
|
Jarak: | 4,200 batu nautika (8,000 km) |
Anak kapal: | 70, (tidak termasuk krew udara seramai 15 orang) |
Sistem penderia dan pemprosesan: |
|
Peperangan elektronik & pengumpan: |
|
Persenjataan: |
|
Pesawat yang dibawa: | Helikopter laut Sikorsky S-70B |
Kemudahan penerbangan: | Dek penerbangan dan hangar tertutup bagi memuatkan sehingga dua buah helikopter pengangkutan sederhana |
Nota: |
|
Pencarian bagi mengantikan bot peluru berpandu kelas Sea Wolf yang telah usang, yang mula memasuki perkhidmatan pada tahun 1972, bermula pada pertengahan tahun 1990-an. Amerika Syarikat, Sweden dan Perancis terlibat di dalam persaingan bagi mendapatkan kontrak.[3] Pada bulan Mac 2000, Kementerian Pertahanan telah menganugerahkan kontrak kepada DCNS untuk mereka dan membina enam buah frigat. Antara ciri-ciri utama kontrak adalah persetujuan perpindahan teknologi. Di bawah perjanjian, DCNS akan mereka dan membina frigat pertama di limbungannya di Lorient, Perancis manakala lima buah selebihnya akan dibina oleh Singapore Technologies (ST) Marine di limbungan Benoi, Singapura. Penyelenggaraan dan padanan semula akan dilakukan oleh ST Marine.
Pembinaan Formidable bermula pada akhir 2002, apabila ia dibaringkan di Lorient pada bulan November 2002.
Nama | Nomborpennant | Dilancarkan | Ditauliahkan |
---|---|---|---|
RSS Formidable | 68 | 7 Januari 2004 | 5 Mei 2007 |
RSS Intrepid | 69 | 3 Julai 2004 | 5 Februari 2008 |
RSS Steadfast | 70 | 28 Januari 2005 | 5 Februari 2008 |
RSS Tenacious | 71 | 15 Julai 2005 | 5 Februari 2008 |
RSS Stalwart | 72 | 9 Disember 2005 | 16 Januari 2009 |
RSS Supreme | 73 | 9 Mei 2006 | 16 Januari 2009 |
Seamless Wikipedia browsing. On steroids.
Every time you click a link to Wikipedia, Wiktionary or Wikiquote in your browser's search results, it will show the modern Wikiwand interface.
Wikiwand extension is a five stars, simple, with minimum permission required to keep your browsing private, safe and transparent.