Gelung for
From Wikipedia, the free encyclopedia
Dalam sains komputer, gelung for ("bagi/untuk") ialah pernyataan aliran kawalan untuk menentukan iteraasi yang membenarkan kod dilaksanakan berulang kali. Pelbagai kata kunci digunakan untuk menentukan pernyataan ini: bahasa keturunan ALGOL menggunakan "for", manakala bahasa keturunan Fortran menggunakan "do". Selain itu, terdapat kemungkinan lain seperti COBOL yang menggunakan "PERFORM VARYING".
![Thumb image](http://upload.wikimedia.org/wikipedia/commons/thumb/0/06/For-loop-diagram.png/220px-For-loop-diagram.png)
Gelung for mempunyai dua bahagian: pengepala yang menyatakan interasi, dan badan yang dilaksanakan sekali setiap iterasi. Pengepala sering mengisytiharkan pembilang gelung atau pemboleh ubah gelung eksplisit, yang membolehkan badan mengetahui interasi yang sedang dilaksanakan. Gelung for biasanya digunakan apabila bilangan iterasi diketahui sebelum memasuki gelung. Gelung for boleh dianggap sebagai singkatan untuk gelung while yang menambah dan menguji pemboleh ubah gelung.