Binatang
From Wikipedia, the free encyclopedia
Binatang (Jawi: بيناتڠcode: ms is deprecated ), atau haiwan (Jawi: حيوانcode: ms is deprecated serapan Arab: حَيَوَان, rumi: ḥayawāncode: ar is deprecated terbitan kata حَيٌّcode: ar is deprecated hayy "hidup"[1]) ialah sekelompok besar organisma eukariot multisel yang tergolong dalam alam Animalia atau Metazoa. Apabila berkembang, pelan badannya pada kesudahannya menjadi tetap, namun ada sesetengah spesies yang menjalankan proses metamorfosis di tengah-tengah riwayatnya. Kebanyakan binatang adalah motil, iaitu boleh bergerak secara spontan dan berdikari. Semua binatang juga merupakan heterotrof, iaitu perlu memakan organisma lain atau hasil keluarannya demi menyara hidup.
Binatang | |
---|---|
Pengelasan saintifik | |
Domain: | |
(tanpa pangkat) | Opisthokonta |
(tanpa pangkat) | Holozoa |
(tanpa pangkat) | Filozoa |
Alam: | Animalia |
Filum | |
|
Kebanyakan filum binatang yang dikenali muncul dalam rekod fosil sebagai spesies marin sewaktu ledakan Kambria sekitar 542 juta tahun dahulu.
Manusia memanfaatkan banyak spesies binatang lain, seperti makanan (termasuk daging, susu, dan telur), untuk bahan (seperti kulit dan bulu), sebagai binatang peliharaan, dan sebagai binatang yang berfungsi termasuk untuk pengangkutan.