Haron Din
bekas ahli politik Malaysia dan ulama Islam / From Wikipedia, the free encyclopedia
Jangan dikelirukan dengan Harun Din.
Tuan Guru Dato' Dr. Haji Haron bin Din (18 Ogos 1940 – 16 September 2016) ialah ahli politik Malaysia dari Parti Islam Se-Malaysia yang juga merupakan Ketua Kluster Dakwah, Majlis Perundingan Islam Kebangsaan. Di peringkat parti, beliau merupakan Mursyidul Am merangkap Pengerusi Majlis Syura Ulamak PAS dari Februari 2015 sehingga kematian beliau pada 16 September 2016. Beliau juga merupakan pengasas Persatuan Kebajikan dan Pengubatan Malaysia (Darussyifa').
Fakta Segera Mursyidul Am PAS, Didahului oleh ...
Haron Din DPMS (Selangor) | |
---|---|
Mursyidul Am PAS | |
Dalam jawatan 2015–2016 | |
Didahului oleh | Nik Abdul Aziz Nik Mat |
Digantikan oleh | Hashim Jasin |
Butiran peribadi | |
Lahir | (1940-08-18)18 Ogos 1940 Kangar, Perlis, British Malaya (kini Malaysia) |
Meninggal dunia | 16 September 2016(2016-09-16) (umur 76) San Francisco, California, Amerika Syarikat |
Parti politik | PAS |
Pasangan | Datin Khadijah Md Salleh |
Anak-anak | 5 orang |
Hubungan |
|
Pendidikan | Kolej Islam Malaya |
Alma mater | Universiti al-Azhar Universiti Ain Shams Universiti Kaherah |
Pekerjaan | Mursyidul Am Pas, Ulama, Ketua Kluster Dakwah |
Laman web rasmi | Dato' Dr. Haron Din Tuan Guru Dato' Dr. Haron Din (Official) |
Tutup