Hayabusa
From Wikipedia, the free encyclopedia
Hayabusa (はやぶさcode: ja is deprecated , falko peregrin) ialah sebuah kapal angkasa tanpa warga yang dimajukan oleh Agensi Penjelajahan Aeroangkasa Jepun untuk memulangkan sampel bahan dari sebuah asteroid kecil berhampiran Bumi yang bernama 25143 Itokawa (dimensi 540 meter kali 270 meter kali 210 meter) ke Bumi untuk analisa selanjutnya.
Pengendali | JAXA |
---|---|
Jenis misi | Pemulangan sampel asteroid |
Destinasi sekarang | Kembali di Bumi pada 13 Jun 2010 |
Tarikh Berlepas | 9 Mei 2003 |
Kenderaan Pelancar | M-V |
Tempoh misi | 7 tahun, 1 bulan, 4 hari |
ID COSPAR | 2003-019A |
Jisim | 510 kg (kering 380 kg) |
Peralatan | |
AMICA, LIDAR, NIRS, XRS |
Hayabusa, dahulunya dikenali sebagai MUSES-C (Mu Space Engineering Spacecraft C), dilancarkan pada 9 Mei 2003, lalu bertemu dengan Itokawa pada September 2005. Sebaik sahaja tiba di Itokawa, Hayabusa mengkaji bentuk, pusingan, topografi, warna, kandungan, ketumpatan dan sejarah asteroid berkenaan. Pada November 2005, Hayabusa mendarat di atas asteroid itu dan cuba mengutip sampel. Setelah lima tahun bertugas di Itokawa, Hayabusa pulang ke Bumi pada 13 Jun 2010.