Hijaz
From Wikipedia, the free encyclopedia
Hijaz (juga Hejaz, Hedjaz, الحجاز) adalah sebuah wilayah di sebelah barat laut Arab Saudi. Ditakrifkan terutamanya melalui sempadan barat di Laut Merah, ia menjangkau dari Haql di Teluk Aqaba sehingga ke Jazan.
Sebagai kota suci umat Islam, wilayah Hijaz memiliki kepentingan kepada bangsa Arab dan umat Islam yang berkaitan dengan sejarah dan politik. Daerah ini disebut demikian kerana memisahkan wilayah Nejd di timur dan wilayah Tihamah di barat.