Hussein dari Jordan
From Wikipedia, the free encyclopedia
Almarhum Raja Hussein I ibn Almarhum Raja Talal I Al-Hashimi (bahasa Arab: حسين بن طلال Ḥussayn bin Ṭalāl) (14 November 1935–7 Februari 1999) ialah Raja Jordan dari tahun 1952 hingga 1999 dan merupakan salah satu kepala negara yang terpanjang memerintah dalam kekuasaan eksekutif di dunia. Hussein bin Talal menggantikan Raja Talal (ayahnya) pada 11 Ogos 1952. Raja Hussein I juga merupakan keturunan langsung ke-42 dari Nabi Muhammad s.a.w. Beliau lahir di Amman, Jordan pada 14 November 1935, dari Putera Talal bin Abdullah dan Puteri Zein al-Sharaf binti Jamil. Raja Hussein memiliki 2 saudara, Putera Muhammad dan putera mahkota El Hassan, dan seorang saudari, Puteri Basma.
Fakta Segera Raja Hussein I Al-Hashimi, Pemerintahan ...
Raja Hussein I Al-Hashimi | |
---|---|
Duli Yang Maha Mulia Raja Jordan | |
Pemerintahan | 11 Ogos 1952 – 7 Februari 1999 (46 tahun) |
Didahului oleh | Raja Talal I Al-Hashimi |
Diikuti oleh | Abdullah II |
Pasangan | Dina binti 'Abdu'l-Hamid Antoinette Avril Gardiner Alia Baha ed din Toukan Lisa Halaby |
Anakanda | Puteri Alia Abdullah II dari Jordan Putera Faisal Puteri Aisha Puteri Zein Puteri Haya Putera Ali Putera Hamzah Putera Hashim Puteri Iman Puteri Raiyah |
Kerabat | Hashemite |
Ayahanda | Talal dari Jordan |
Bonda | Zein al Sharaf Talal |
Agama | Sunni Muslim |
Tutup