![cover image](https://wikiwandv2-19431.kxcdn.com/_next/image?url=https://upload.wikimedia.org/wikipedia/commons/thumb/e/e1/W%25C3%25B6rtherseestadion_beim_Endspiel_im_%25C3%2596FB-Cup_2010.jpg/640px-W%25C3%25B6rtherseestadion_beim_Endspiel_im_%25C3%2596FB-Cup_2010.jpg&w=640&q=50)
Hypo-Arena
From Wikipedia, the free encyclopedia
Hypo-Arena (dahulu dikenali sebagai Wörtherseestadion (bantuan·maklumat)) ialah sebuah stadium serba guna di Klagenfurt, Austria. Ia merupakan stadium pasukan SK Austria Kärnten.
Hypo-Arena | |
---|---|
![]() | |
Nama penuh | Hypo Group Arena |
Nama lama | Wörtherseestadion menggantikan Wörtherseestadion yang dirobohkan pada 2005 |
Lokasi | Klagenfurt, Austria |
Dibina | 2006-2007 |
Dibuka | 7 September 2007 |
Pemilik | Bandar Klagenfurt |
Permukaan | Rumput |
Kos pembinaan | 66,500,000 Euro |
Arkitek | Albert Wimmer |
Kapasiti | 32,000 |
Dimensi padang | 105 x 68 m |
Penyewa | |
SK Austria Kärnten |
Stadium lama dikenali sebagai Wörtherseestadion, dibina pada 1960 dan mempunyai kapasiti sebanyak 10,900. Ia dirobohkan pada 2005 dan digantikan dengan Hypo-Arena yang baru, juga dikenali sehingga 30 Jun 2007 dengan nama "Wörtherseestadion".
Ia adalah salah satu daripada 8 stadium untuk UEFA Euro 2008, dan dibina untuk menampung 32,000 penonton. Selepas acara tersebut, kapasiti stadium ini sedang dipertimbangkan untuk dikurangkan kepada 12,500. Stadium ini dibuka secara rasmi pada 7 September 2007 dengan menjadi tuan rumah untuk perlawanan persahabatan di antara Austria dan Jepun di hadapan 26,500 penonton.