Jamaica
From Wikipedia, the free encyclopedia
Remove ads
Jamaica merupakan sebuah negara pulau di Laut Carribean, Amerika Tengah. Pulau Jamaica termasuk dalam Greater Antilles. Panjangnya 234 kilometer.Lebarnya 80 km. Jarak dari tanah benua ialah 620 km. 145 km dari pulau Cuba. 190 km dari pulau Hispaniola di mana negara Haiti dan Dominica terletak.
Remove ads
Penamaan
Nama Jamaica berasal dari istilah bahasa Taíno Xayman yang bermaksud 'Tanah Air panas' atau 'Tanah kayu dan air'. Tetapi dalam bahasa Sepanyol dipanggil dengan nama 'Santiago' kerana pernah dijajah oleh Sepanyol. Kemudian dijajah oleh Empayar British sebagai salah satu koloni. Negara ini dianggap sebagai negara ketiga 'Anglophone' selepas Amerika Syarikat dan Kanada.
Geografi
Jamaica terletak di antara latitud 17° dengan 19° U dan longitud 76° dengan 79° B. Negara ini berkeluasan 10,992 km2. Secara umumnya, iklim Jamaica ialah iklim tropika dengan cuaca yang panas dan lembap.[9]
Politik
Jamaica sebagai negara Alam Komanwel mengiktiraf Charles III sebagai ketua negara dengan gelaran Raja Jamaica dan diwakili oleh seorang Gabenor Jeneral. Parlimen Jamaica terdiri daripada dua dewan, iaitu Senat dan Dewan Perwakilan.
Pembahagian pentadbiran
Jamaica terdiri daripada 14 buah kariah (parishes) yang tergolong dalam tiga buah kawasan sejarah.
Demografi
Anggaran jumlah penduduk negara pada 2018 ialah 2.812 juta orang.[1] Kebanyakan daripada rakyat Jamaica adalah berketurunan Afrika.[10]
Rujukan
Pautan luar
Wikiwand - on
Seamless Wikipedia browsing. On steroids.
Remove ads