From Wikipedia, the free encyclopedia
Jawaharlal Motilal Nehru (Hindi: जवाहरलाल नेहरू , IPA: [dʒəvaːhərlaːl nehruː], dari bahasa Parsi Javâher-e La'al yang bermaksud "Permata Merah") (14 November 1889 – 27 Mei 1964) ialah seorang pemimpin politik Kongres Kebangsaan India, seorang tokoh yang penting dalam gerakan kemerdekaan India dan Perdana Menteri pertama India yang merdeka. Beliau juga merupakan tokoh penting dalam politik antarabangsa pada zaman selepas perang dunia, dan merupakan salah seorang tokoh pengasas Pergerakan Berkecuali. Nehru yang juga digelar Panditji (Sarjana) ini juga merupakan penulis, sarjana dan ahli sejarah amatur, dan bapa kepada keluarga Nehru-Gandhi, salah satu kuasa paling berpengaruh dalam politik India.
Pt. Jawaharlal Nehru | |
---|---|
Perdana Menteri India pertama | |
Dalam jawatan 15 Ogos 1947 – 27 Mei 1964 | |
Presiden | Rajendra Prasad dan Sarvepalli Radhakrishnan |
Didahului oleh | Jawatan diasaskan |
Digantikan oleh | Gulzarilal Nanda (Interim) |
1st Menteri Hal Ehwal Luar Negara India | |
Dalam jawatan 15 Ogos 1947 – 27 Mei 1964 | |
Didahului oleh | Jawatan diasaskan |
Digantikan oleh | Gulzarilal Nanda |
Menteri Kewangan India | |
Dalam jawatan 8 Oktober 1958 – 17 November 1959 | |
Didahului oleh | T. T. Krishnamachari |
Digantikan oleh | Morarji Desai |
Butiran peribadi | |
Lahir | Allahabad, United Provinces, British India | 14 November 1889
Meninggal dunia | 27 Mei 1964 74) New Delhi, India | (umur
Parti politik | Kongres Kebangsaan India |
Pasangan | Kamala Nehru |
Profesion | Barrister |
Wikimedia Commons mempunyai media berkaitan Jawaharlal Nehru |
Anak kepada barrister dan ahli politik India terkenal Motilal Nehru ini pernah menjadi salah seorang pemimpin termuda Kongres Kebangsaan India. Nehru bangkit di bawah bimbingan Mahatma Gandhi, Nehru menjadi seorang pemimpin berkarisma dan radikal yang mendukung kemerdekaan penuh daripada Empayar British. Sebagai seorang ikon untuk belia India, Nehru juga mendukung sosialisme sebagai salah satu cara menangani cabaran negara yang lama. Ketika berkhidmat sebagai Presiden Kongres, Nehru mengibarkan bendera India merdeka di New Delhi pada 15 Ogos dan memegang jawatan perdana menteri, begitu juga anak perempuan beliau Indira dan cucu-cucu beliau Rajiv dan Sanjay.
Seamless Wikipedia browsing. On steroids.
Every time you click a link to Wikipedia, Wiktionary or Wikiquote in your browser's search results, it will show the modern Wikiwand interface.
Wikiwand extension is a five stars, simple, with minimum permission required to keep your browsing private, safe and transparent.