For faster navigation, this Iframe is preloading the Wikiwand page for Perbadanan Johor.

Perbadanan Johor

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.

Perbadanan Johor
Syarikat berkaitan kerajaan
Ditubuhkan1968; 54 tahun yang lalu (1968) sebagai Perbadanan Kemajuan Ekonomi Negeri Johor (PKENJ)
1995; 27 tahun yang lalu (1995) sebagai Perbadanan Johor (JCorp)
Ibu pejabatAras 11, Menara KOMTAR, Johor Bahru City Centre, 80000, Johor Bahru, Johor, Malaysia
Tokoh penting
Datuk Ir. Hasni Mohammad, Pengerusi
Datuk Syed Mohamed Syed Ibrahim, Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif
IndukKerajaan Negeri Johor
Laman web rasmi
www.jcorp.com.my

Perbadanan Johor (juga digelar Johor Corporation ataupun JCorp) ialah sebuah syarikat Kerajaan Negeri Johor, yang dahulunya digelar "Perbadanan Kemajuan Ekonomi Negeri Johor" (PKENJ). Ditubuhkan pada tahun 1968, ia merupakan sebahagian rancangan aksi afirmatif kerajaan Malaysia untuk menyusun semula masyarakat berbagai kaum dengan membasmikan ketidakseimbangan ekonomi di antara kaum bumiputera dengan kaum yang bukan bumiputera. Perbadanan-perbadanan kemajuan ekonomi negeri direka untuk mengelakkan tatacara birokratik dan merupakan syarikat pelaburan kerajaan negeri masing-masing.

Lembaga Pengarah

ENAKMEN BILANGAN 4 TAHUN 1968, PENUBUHAN PERBADANAN JOHOR

Perkara 4.   Keanggotaan Perbadanan

Perbadanan hendaklah mengandungi :-

(a) Seorang Pengerusi, dan ianya hendaklah orang yang pada masa itu memegang jawatan Menteri Besar Johor.

(b) Seorang Timbalan Pengerusi yang dilantik oleh Raja.

  • YBhg Tan Sri Dr. Ali bin Hamsa, Ahli Bebas merangkap Timbalan Pengerusi Johor Corporation

(c) Presiden & Ketua Eksekutif.

  • YBhg Datuk Syed Mohamed bin Syed Ibrahim, Presiden & Ketua Eksekutif Johor Corporation

(d) Tiga orang Ahli Atas Jawatan, dan mereka itu hendaklah orang-orang yang pada masa itu memegang jawatan Setiausaha Kerajaan, jawatan Penasihat Undang- Undang dan jawatan Pegawai Kewangan Negeri Johor.

  • YB Dato’ Haji Azmi bin Rohani, Setiausaha Kerajaan Johor
  • YBrs Encik Amir bin Nasruddin, Penasihat Undang-Undang Negeri Johor
  • YB Dato' Haji Salehuddin bin Haji Hassan, Pegawai Kewangan Negeri Johor

(e) Tiga orang wakil Kerajaan Persekutuan yang dilantik oleh Menteri.

  • YBhg Dato’ Saiful Anuar bin Lebai Hussen, Ketua Setiausaha, Kementerian Hal Ehwal Ekonomi
  • YBhg Datuk Nor Azri bin Zulfakar, Ketua Pengarah Unit Penyelarasan Pelaksanaan, Jabatan Perdana Menteri
  • YBhg Dato' Asri bin Hamidon, Ketua Setiausaha Perbendaharaan, Kementerian Kewangan Malaysia

(f) Tiga orang ahli yang dilantik oleh Raja dari antara orang-orang yang didapatinya sebagai berkelayakan kerana mempunyai pengalaman yang luas dan telah menunjukkan kebolehan dalam perkara-perkara berkenaan dengan bank, perkilangan, perumahan, perniagaan, kewangan, professional atau pentadbiran, atau sebagai sesuai selainnya untuk dilantik oleh sebab pengetahuan dan pengalaman khas mereka.

  • YBhg Dato’ Sr. Hisham bin Jafrey, Pengarah Urusan, ARH Jurukur Bahan Sdn. Bhd.

Pengerusi Lembaga Pengarah

Ketua Pegawai Eksekutif

Tan Sri Muhammad Ali Hashim adalah merupakan Ketua Pegawai Eksekutif paling lama berkhidmat sejak 1982 sehinggalah beliau meletakkan jawatannya pada tahun 2013.

Sejarah

PKENJ bermula operasinya pada Ogos 1970 dengan perlantikan Menteri Besar YAB Tan Sri Hj Othman bin Mohd Saat sebagai pengerusinya dan YB Tan Sri Dato' Hj Basir bin Ismail sebagai ketua eksekutif. Pejabat pertamanya berada di Aras 2, Bangunan Sultan Ibrahim, Johor Bahru, dan operasinya bermula dengan cuma dua kakitangan. PKENJ menggantikan namanya kepada "Johor Corporation" pada akhir tahun 1995 seperti yang dicadangkan oleh YAB Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Sebagai sebuah entiti perusahaan awam, JCorp telah memainkan peranan yang besar dalam memeliharakan pertumbuhan ekonomi di negeri Johor, khususnya dibeberapa sektor ekonomi yang berpotensi tinggi, termasuknya perusahaan pertanian, pemajuan perindustrian, pemajuan hartanah dan sebagainya. JCorp juga memajukan Pasir Gudang sebagai sebuah bandar perindustrian di tenggara Johor. Sejak 1 Julai, 1977, ia telah dilantik sebagai pihak berkuasa tempatan bagi Pasir Gudang, iaitu pihak berkuasa tempatan pertama yang diswastakan di Malaysia dibawah kontrak setiap lima tahun.

Perusahaan utama

Pada masa kini, perusahaan-perusahaan utama JCorp dianjurkan oleh syarikat awam tersenarai masing-masing:

  • Bahagian minyak kelapa sawit : Kulim (Malaysia) Berhad (MYX: 2003)
  • Bahagian penjagaan kesihatan: KPJ Healthcare Berhad (MYX: 5878)
  • Bahagian pembangunan hartanah: Johor Land Berhad (MYX: 6564), Damansara Asset Sdn.Bhd.
  • Bahagian restoran makanan dan perkhidmatan segera: QSR Brand Berhad (MYX: 9415)
  • Bahagian hartanah dan perkhidmatan logistik: Damansara Realty Bhd. dan TPM Teknopark Bhd.

Kesemua usaha-usaha niaga usahawan dalaman diketuai oleh kakitangan JCorp sendiri. Pada tahun 2005, syarikat-syarikat dibawah Bahagian Perusahaan Usahawan Dalaman (Intrapreneur Venture Division)termasuk:

  • Aquapreneur Sdn Bhd
  • Epasa Shipping Agency SB
  • Excellent Relation Sdn Bhd
  • HC Duraclean Sdn Bhd
  • Hotel Selesa Sdn Bhd
  • IPPJ Sdn Bhd
  • JTP Trading Sdn Bhd
  • Metro Parking Sdn Bhd
  • Pro Office Bulk Mailing
  • Pro Communication Services
  • Sibu Island Resort
  • Tepak Marketing Sdn Bhd
  • JKiNG Sdn Bhd
  • Willis (M) Sdn Bhd
  • Syarikat Pengangkutan Maju Bhd

Pautan luar

{{bottomLinkPreText}} {{bottomLinkText}}
Perbadanan Johor
Listen to this article

This browser is not supported by Wikiwand :(
Wikiwand requires a browser with modern capabilities in order to provide you with the best reading experience.
Please download and use one of the following browsers:

This article was just edited, click to reload
This article has been deleted on Wikipedia (Why?)

Back to homepage

Please click Add in the dialog above
Please click Allow in the top-left corner,
then click Install Now in the dialog
Please click Open in the download dialog,
then click Install
Please click the "Downloads" icon in the Safari toolbar, open the first download in the list,
then click Install
{{::$root.activation.text}}

Install Wikiwand

Install on Chrome Install on Firefox
Don't forget to rate us

Tell your friends about Wikiwand!

Gmail Facebook Twitter Link

Enjoying Wikiwand?

Tell your friends and spread the love:
Share on Gmail Share on Facebook Share on Twitter Share on Buffer

Our magic isn't perfect

You can help our automatic cover photo selection by reporting an unsuitable photo.

This photo is visually disturbing This photo is not a good choice

Thank you for helping!


Your input will affect cover photo selection, along with input from other users.