Johor Darul Ta'zim III FC
From Wikipedia, the free encyclopedia
Kelab Bolasepak Johor Darul Ta'zim III (Johor Darul Ta'zim III FC) atau lebih dikenali JDT III (dahulunya dikenali Kelab Bolasepak Johor Pasir Gudang) merupakan salah sebuah kelab bola sepak yang terdapat di Malaysia. Kelab ini pernah beraksi dalam Liga FAM Malaysia, iaitu liga tahap ketiga dalam sistem piramid Liga Malaysia. Kelab ini merupakan kelab pembangunan pemain (pasukan bawah-21 tahun) untuk kelab Johor Darul Ta'zim II FC yang mewakili negeri Johor dalam Liga Premier Malaysia.[1] Kelab ini beraksi di Stadium Pasir Gudang dengan kapasiti 15,000 penonton.
Fakta Segera Nama penuh, Gelaran ...
Nama penuh | Kelab Bola Sepak Johor Darul Ta'zim III | ||
---|---|---|---|
Gelaran | Harimau Selatan (Southern Tigers) | ||
Nama pendek | JDT III, JDT3 | ||
Diasaskan | 2014; 10 tahun yang lalu (2014) (Johor Pasir Gudang FC) 2015; 9 tahun yang lalu (2015) (Johor Darul Ta'zim III FC) | ||
Stadium | Stadium Pasir Gudang, Pasir Gudang, Johor (Kapasiti: 15,000) | ||
Pemilik | Tunku Ismail Sultan Ibrahim (70%) | ||
Presiden | Tunku Aminah Maimunah Iskandariah | ||
Pengurus | Datuk Adib Azhari Daud | ||
Jurulatih | Ismail Ibrahim | ||
Liga | Piala Presiden Malaysia | ||
2019 | Separuh Akhir | ||
Tapak sesawang | Laman kelab | ||
| |||
Tutup
Kelab JDT III kini bermain di Piala Presiden Malaysia, di mana ianya adalah kejohanan bola sepak untuk pasukan bawah-21 tahun. Kelab ini dibawah kendalian jurulatih Ismail Ibrahim.