From Wikipedia, the free encyclopedia
Jujukan Imbasan Elektronik Aktif (Active Electronically Scanned Array - AESA) juga dikenali sebagai radar Jujukan Fasa Aktif merupakan sejenis radar yang berfungsi sebagai pemancar dan penerima yang terdiri daripada modul pemancar/penerima (T/R) kecil yang banyak. Kelebihan utamanya ialah kadar imbasan yang pendek atau serta-merta (milisaat), jarak mengesan yang lebih luas, bilangan sasaran yang dapat dijejak dan dikunci masuk (melalui pelancar tangkas berganda) lebih banyak, kebarangkalian rendah untuk dipintas, kemampuan untuk berfungsi sebagai radio serta mod udara dan darat yang serentak.
Kemudi mekanikal mungkin ditambah pada radar AESA bagi meningkatkan lagi jarak pandangan radar. Prestasi pergerakan antena radar AESA tidak semestinya lebih laju berbanding radar tradisional kerana tempoh masa pengemaskinian kadar imbasan tidak bergantung kepada kelajuan sesebuah antena radar.
Radar AESA dibina dengan reka bentuk mekanikal yang amat mudah kerana tidak memerlukan hidraulik yang sebegitu kompleks bagi menggerakkan antena. Radar AESA hanya memerlukan ruang yang kecil jika dibandingkan dengan radar biasa. Ini disebabkan oleh pengurangan keperluan infrastruktur dan semestinya tiada julat pergerakan (range of motion).
Radar AESA mempunyai:
Seamless Wikipedia browsing. On steroids.
Every time you click a link to Wikipedia, Wiktionary or Wikiquote in your browser's search results, it will show the modern Wikiwand interface.
Wikiwand extension is a five stars, simple, with minimum permission required to keep your browsing private, safe and transparent.