Kad tebuk
From Wikipedia, the free encyclopedia
Kad tebuk (atau kad Hollerith atau kad IBM) ialah kadbod yang mengandungi maklumat digital yang diwakili oleh kewujudan atau ketiadaan lubang pada kedudukan pratertakrif. Ia ialah suatu bahantara perakaman yang hampir usang.
Kad tebuk digunakan secara meluas pada sepanjang abad ke-19 untuk mengawal mesin tenun tekstil dan pada sepanjang abad ke-20 untuk input, pemprosesan, dan storan data dalam mesin rakaman unit.
Komputer digital yang awal menggunakan kad tebuk sebagai bahantara utama untuk memasukkan kedua-dua atur cara dan data melalui mesin kekunci tebuk secara luar talian. Sesetengah mesin undi pernah menggunakan kad tebuk.