From Wikipedia, the free encyclopedia
Kawasaki Heavy Industries & CRRC Qingdao Sifang C151A, kadang-kala disingkatkan kepada C151A atau KSF C151A ialah unit kereta api elektrik berganda generasi keempat yang sedang beroperasi untuk laluan Utara Selatan dan Timur Barat bagi Sistem Pengangkutan Gerak Cepat (MRT) di Republik Singapura. Kelompok kereta api tambahan ini bersama-sama dengan landasan dan platform baru di stesen pertukaran Jurong East, telah meningkatkan muatan kedua-dua laluan sehingga 15%.[1][2][3]
Kontrak asal 22 set kereta api 6 gerabak telah diberikan kepada Kawasaki Heavy Industries dan CRRC Sifang oleh Penguasa Pengangkutan Darat (LTA). Pada tahun 2013, pesanan selanjutnya untuk 13 set kereta api di bawah kelompok 2 telah diletakkan dan setakat 2014, kesemua 35 set kereta api telah rasmi dimasukkan ke dalam perkhidmatan.[4]
Pada 6 Mei 2009, Penguasa Pengangkutan Darat mengumumkan bahawa Kawasaki Heavy Industries dan CSR Sifang telah memenangi kontrak bernilai S$369 juta, mengalahkan Hyundai Rotem, Bombardier Transportation dan Mitsubishi Heavy Industries, walaupun Hyundai Rotem menawarkan bidaan terendah iaitu S$323 juta untuk pesanan 22 set kereta api dibawah kelompok 1. CSR Sifang mengendalikan pengeluaran dan pengujian stok kereta api manakala Kawasaki menyelia projek dan reka bentuk. Kontrak C151A merupakan usahasama pertama yang berjaya di antara dua syarikat tersebut dalam pasaran antarabangsa.[5]
Seamless Wikipedia browsing. On steroids.
Every time you click a link to Wikipedia, Wiktionary or Wikiquote in your browser's search results, it will show the modern Wikiwand interface.
Wikiwand extension is a five stars, simple, with minimum permission required to keep your browsing private, safe and transparent.