![cover image](https://wikiwandv2-19431.kxcdn.com/_next/image?url=https://upload.wikimedia.org/wikipedia/commons/thumb/d/d0/Core_Based_Statistical_Areas.png/640px-Core_Based_Statistical_Areas.png&w=640&q=50)
Kawasan metropolitan di Amerika Syarikat
From Wikipedia, the free encyclopedia
Kawasan metropolitan di Amerika Syarikat merangkumi kawasan-kawasan yang mempunyai hubungan ekonomi yang rapat serta kepadatan penduduk tinggi di bahagian terasnya. Ia tidak semestinya terletak di bawah struktur pentadbiran yang ditetapkan, dan definisinya berbeza mengikut sumber statistik.
![Thumb image](http://upload.wikimedia.org/wikipedia/commons/thumb/d/d0/Core_Based_Statistical_Areas.png/640px-Core_Based_Statistical_Areas.png)
Berikut merupakan senarai 50 kawasan metropolitan terbesar di Amerika Syarikat yang disusun oleh Pejabat Pengurusan dan Belanjawan (OMB). Definisi yang digunakan ialah "Kawasan Metropolitan Statistik" (bahasa Inggeris: Metropolitan Satistical Area, MSA), iaitu sekumpulan satu atau lebih kaunti yang mempunyai sekurang-kurangnya satu kawasan teras yang mempunyai lebih daripada 50,000 penduduk, serta kawasan berdekatan yang mempunyai tahap integrasi sosial dan ekonomi dengan kawasan teras yang tinggi.[1][2]
OMB juga menyediakan senarai "Kawasan Bergabung Statistik" (Combined Statistical Area, CSA), iaitu pengelompokan beberapa Kawasan Metropolitan Statistik dan Kawasan Mikropolitan Statistik berdekatan yang mempunyai hubungan pengangkutan rapat.[2]