Kepala
From Wikipedia, the free encyclopedia
Jangan dikelirukan dengan kelapa.
"Hulu" dilencongkan ke sini. Untuk kegunaan lain, lihat Hulu (nyahkekaburan).
Dalam anatomi, kepala (Jawi: كڤالاcode: ms is deprecated ) atau hulu (Jawi: هولوcode: ms is deprecated ) ialah bahagian rostral (menurut istilah lokasi anatomi) yang biasanya terdiri daripada otak, mata, telinga, hidung, dan mulut yang kesemuanya membantu pelbagai fungsi deria seperti penglihatan, pendengaran, hidu, dan sentuhan. Beberapa haiwan yang sangat sederhana tidak memiliki kepala, tetapi haiwan yang berbentuk simetri bilateral lazimnya memiliki kepala.
Perkataan kepala meminjam Sanskrit: कपालcode: sa is deprecated kapāla yang bermaksud "tengkorak",[1] manakala hulu pula kata Melayu asli turunan akar Austronesia *quluh.[2][3]