Kerabat Kalākaua
From Wikipedia, the free encyclopedia
Kerabat Kalākaua, atau Wangsa Kalākaua, juga dikenali sebagai keawe-a-Heulu line, dululah keluarga diraja yang memerintah Kerajaan Hawaiʻi di bawah Raja Kalākaua dan Ratu Liliʻuokalani. Mereka mengambil alih kuasa selepas raja terakhir Kerabat Kamehameha, Lunalilo, meninggal dunia tanpa memuterakan waris, mengakibatkan pemilihan Kalākaua dan mencetuskan rusuhan Mahkamah Honolulu. Dinasti kehilangan kuasa dengan penggulingan Liliʻuokalani dan berakhirnya Kerajaan pada tahun 1893. Liliʻuokalani meninggal pada tahun 1917, hanya meninggalkan sepupu sebagai waris.
Kerabat Kalākaua | |
---|---|
Wangsa diraja | |
Negara | Templat:Country data Kerajaan Hawaii |
Estates | ʻIolani Palace (seat) |
Kerabat utama | Kerabat Piʻilani, Kerabat 'I-Kanaka, Kerabat Keawe |
Gelaran | King/ Queen of Hawaii, High Chief, Ali'i |
Gaya | "Majesty" "Grace" |
Diasaskan | 1874 (1874) |
Pengasas | Kalākaua |
Pemerintah terakhir | Liliuokalani |
Pembubaran | 1917 (1917) |
Deposition | 1893 (1893) (digulingkan oleh rampasan kuasa) |
Cabang kadet | Kerabat Kawānanakoa, Kerabat Unauna |
Kerabat Kalākaua adalah keturunan ketua di pulau Hawaiʻi, Maui, dan Kauaʻi. Obor yang menyala pada tengah hari melambangkan dinasti, berdasarkan kapu ketua besar nenek moyang Kalākaua Iwikauikaua.