Kimigayo
From Wikipedia, the free encyclopedia
Kimigayo (Jepun: 君が代) ialah lagu kebangsaan Jepun. Liriknya merupakan yang tertua dan terpendek di dunia dan berasal daripada sebuah puisi waka yang ditulis pada Zaman Heian (794–1185).[1] Melodi yang digunakan untuk lagu ini dipilih pada tahun 1880 untuk menggantikan melodi yang kurang popular sebelas tahun sebelumnya. Walaupun Kimigayo sering diterjemahkan sebagai "Pemerintahan Duli Tuanku", tidak pernah wujud sebuah penterjemahan rasmi tajuk ataupun lirik lagu itu menurut undang-undang. [2]
君が代 | |
anthem Jepun | |
Lirik | Puisi waka, Zaman Heian, 794–1185 |
---|---|
Muzik | Yoshiisa Oku, Akimori Hayashi dan Franz Eckert, 1880 |
Diguna pakai | 13 Ogos 1999 |
Sampel audio | |
"Kimigayo" (instrumental)
| |
Dari 1888 hingga 1945, Kimigayo merupakan lagu kebangsaan Empayar Jepun. Apabila Empayar ini dibubarkan setelah kekalahan Jepun pada akhir Perang Dunia Kedua, Kimigayo kekal menjadi lagu kebangsaan negara Jepun setelah 1945. Sebuah akta tentang lagu dan bendera kebangsaan negara itu mengiktiraf Kimigayo sebagai lagu kebangsaan rasmi Jepun diluluskan pada 1999.
Kimigayo dimainkan di nada C major, menurut harian The Japan Times.[3]