From Wikipedia, the free encyclopedia
Konsonan klik ialah bunyi pertuturan yang digunakan sebagai konsonan dalam pelbagai bahasa yang dituturkan di kawasan selatan Afrika, dan juga tiga bahasa di bahagian timur benua tersebut. Konsonan klik merupakan obstruen yang disebut dengan dua tutupan (titik bersentuhan) dalam mulut, satu ke depan dan satu di belakang. Takungan udara yang ditahan di antara tutupan tersebut direnggangkan oleh hisapan lidah. Peniruan bunyi sesetengah jenis haiwan seperti cicak (cak-cak'cak) juga disifatkan sebagai bunyi klik.
Cara artikulasi |
---|
Obstruen |
Hentian |
Letusan |
Geseran |
Sibilan |
Sonoran |
Sengau |
Tamparan |
Getaran |
Aproksiman |
Cecair |
Vokal |
Separuh vokal |
Sisian |
Arus udara |
Ejektif |
Implosif |
Klik |
Laman ini mengandungi maklumat fonetik dalam IPA yang mungkin tidak dapat dipaparkan dengan betul di sesetengah pelayar web. [[Abjad_Fonetik_Antarabangsa#Aksara_khas|[Bantuan]]] |
Konsonan klik boleh dihasilkan pada lima daerah artikulasi. Jadual berikut menerangkan kelima-lima konsonan klik mengikut daerah artikulasi dan aksara IPA khusus masing-masing. Aksara-aksara IPA digunakan dalam penulisan kebanyakan bahasa-bahasa Khoisan, sementara bahasa-bahasa Bantu seperti Zulu biasanya menggunakan huruf-huruf Rumi c, x dan q, masing-masing untuk klik gigi, sisian dan gusi.
Konsonan klik | IPA | Huraian |
---|---|---|
Klik bibir | ʘ | Bunyi yang dihasilkan dengan mengucupkan bibir, cuma tanpa memuncungkan bibir seperti bercium. |
Klik gigi | ǀ | Bunyi decitan yang nyaring (bernada tinggi), hasil menghisap gigi hadapan |
Klik gusi | ǃ | Bunyi lompong yang agak kuat seakan-akan gabus dicabut dari botol kosong, hasil menarik hujung lidah dengan kasar dari lelangit mulut ke bawah |
Klik lelangit | ǂ | Bunyi lompong yang lebih lembut berbanding klik gusi, hasil lidah diratakan lalu mengetuk lelangit |
Klik sisian | ǁ | Bunyi decitan yang tidak senyaring klik gigi, hasil menghisap gigi geraham di sebelah atau kedua-dua belah mulut. |
|coauthors=
ignored (|author=
suggested) (bantuan)Seamless Wikipedia browsing. On steroids.
Every time you click a link to Wikipedia, Wiktionary or Wikiquote in your browser's search results, it will show the modern Wikiwand interface.
Wikiwand extension is a five stars, simple, with minimum permission required to keep your browsing private, safe and transparent.