Lebuhraya Shah Alam
From Wikipedia, the free encyclopedia
Lebuhraya Shah Alam (KESAS) adalah sebuah lebuh raya ekspres perbandaran yang menghubungkan antara Pandamaran, Klang dengan Sri Petaling, Kuala Lumpur. Dibina bagi mengurangkan kesesakan di Lebuhraya Persekutuan, Lebuhraya Shah Alam adalah lebuh raya timur-barat ketiga di dalam kawasan Lembah Klang selepas Lebuhraya Persekutuan dan Lebuhraya Baru Lembah Klang. Lebuh raya 34.5 km (21.4 bt) ini dilengkapi dengan lorong motosikal untuk menjaga keselamatan penunggang motosikal.
Lebuhraya Shah Alam | |
Syarikat Konsesi | Konsortium Expressway Shah Alam Selangor Sdn. Bhd. |
Tempoh Pembinaan | 1995 - 1997 |
Tarikh Beroperasi | 1997 |
Tarikh Perasmian | 1997 |
Panjang | 34.5 kilometer |
Jumlah Tol | 4 |
Arah | Barat → Timur |
Lebuhraya Penghubung | AH2 Lebuhraya Kuala Lumpur–Seremban Lebuhraya Utara-Selatan Hubungan Tengah Lebuhraya Damansara-Puchong |
Laman Web | www.kesas.com.my |
Semasa Sukan Komanwel 1998 di Kuala Lumpur, lebuh raya ini merupakan laluan utama ke Stadium Nasional Bukit Jalil.