Liga Super Malaysia 2012
From Wikipedia, the free encyclopedia
Astro Liga Super Malaysia 2012 (berikutan penajaan daripada Astro) merupakan edisi yang ke-9 sejak Liga Super Malaysia diperkenalkan pada tahun 2004. 14 pasukan bertanding; sepuluh pasukan negeri, tiga pasukan kelab dan satu pasukan kebangsaan dari Singapura, dengan Kelantan FA sebagai penyandang juara Liga. Musim 2012 telah bermula pada 10 Januari 2012 dan akan berakhir pada 14 Julai 2012.
![]() | |
Musim | 2012 |
---|---|
Juara | Kelantan |
Disingkirkan | Sarawak Sabah Kuala Lumpur Kedah |
Piala AFC | Kelantan Selangor |
Jumlah perlawanan | 175 |
Penjaring gol terbanyak | 15 gol ![]() ![]() |
Kemenangan terbesar tuan rumah | Singapore Lions XII 9–0 Sabah (16 Jun 2012) |
Kemenangan terbesar pelawat | Kuala Lumpur 0-4 Felda United FC (13 April 2012) Kuala Lumpur 0-4 Selangor (7 Julai 2012) |
Gol tertinggi | Terengganu 6-3 Sabah (17 Mac 2012) Singapore Lions XII 9–0 Sabah (16 Jun 2012) |
← 2011 2013 → |
Astro, sebuah syarikat penyiaran televisyen satelit Malaysia akan terus menjadi penaja utama Liga.