Aster merupakan sebuah keluarga siri peluru berpandu permukaan ke udara pelancaran menegak buatan Itali/Perancis yang terdiri daripada Aster 15 dan Aster 30.[3] Nama "Aster" bermaksud "Aérospatiale Terminale" (syarikat Perancis Aérospatiale adalah kontraktor utama asal sebelum menjadi MBDA) dan nama dari pemanah lagenda Greek bernama Asterion (dalam mitos Greek),[[[Wikipedia:Penjelasan|Penjelasan diperlukan]]] Asterion pula mendapat namanya dari perkataan purba Greek aster (Yunani: ἀστήρ), bermaksud "bintang". Aster dikeluarkan oleh Eurosam, sebuah konsortium Eropah yang terdiri daripada MBDA Perancis, MBDA Itali (gabungan 66%) dan Thales Group (33%).

Fakta Segera Jenis, Tempat asal ...
Aster
Thumb
MBDA Aster 30 menunjukkan sebuah penggalak yang dipasang padanya.
JenisAster 15:
peluru berpandu anti peluru berpandu dan anti pesawat jarak dekat/sederhana.
Aster 30:
peluru berpandu anti peluru berpandu dan anti pesawat jarak jauh.
Tempat asalItali/Perancis
Sejarah perkhidmatan
Dalam perkhidmatan2001
Digunakan olehLihat Pengguna
Sejarah pengeluaran
PengeluarMBDA/Eurosam
Spesifikasi
BeratAster 15: 310 kg[1]
Aster 30: 450 kg[1]
PanjangAster 15: 4.2 m[1]
Aster 30: 4.9 m (16 ka 1 in)[1]
DiameterAster 15: 180 mm (7.1 in)
Warhead15 kg (33 lb 1 oz) directed fragmentation[2]
Detonation
mechanism
Hentaman terus atau dekat[1]

EnjinRoket dua tahap dengan bahan api pepejal
Jarak
operasi
Aster 15: 1.7–30+ km[1][3]
Aster 30: 3–120 km (2–75 bt)[4][3][5]
Altitud penerbanganAster 15: 0–13 km[1]
Aster 30: 0–20 km (0–12 bt)[1]
KelajuanAster 15: Mach 3.5 (1,191 m/s)[6]
Aster 30: Mach 4.5 (1,531 m/s)[1]
Sistem
pemanduan
  • Panduan inersia with up-link[1]
  • Penjejak RF Aktif[1]
Platform
pelancaran
  • Pelantar maritim
  • Pelantar berpangkalan di darat
Tutup
Thumb
Dimuatkan ke dalam HMS Diamond

Peluru berpandu ini direka untuk memintas dan memusnahkan sebahagian besar ancaman udara seperti peluru berpandu krus anti kapal supersonik pada aras rendah (mendakap laut)[7] dan terbang dengan laju, pesawat prestasi tinggi atau peluru berpandu.

Pengguna utama Aster adalah Itali, Perancis dan United Kingdom sebagai satu pelanggan eksport, dan sebuah komponen integrasi dalam sistem peluru berpandu pertahanan udara PAAMS, yang dikenali dalam Tentera Laut Diraja sebagai Sea Viper. Sebagai sebuah senjata utama dalam sistem PAAMS, Aster dipasang pada frigat kelas-Horizon dan pembinasa Type 45 Britain. Aster juga dipasang pada frigat pelbagai guna FREMM milik Itali dan Perancis, meskipun tidak menggunakan sut pertahanan udara PAAMS tetapi sut spesifik buatan Itali/Perancis.

Lihat juga

Rujukan

Pautan luar

Wikiwand in your browser!

Seamless Wikipedia browsing. On steroids.

Every time you click a link to Wikipedia, Wiktionary or Wikiquote in your browser's search results, it will show the modern Wikiwand interface.

Wikiwand extension is a five stars, simple, with minimum permission required to keep your browsing private, safe and transparent.