Ma'ruf Amin
Naib Presiden Indonesia terkini, ulama Islam / From Wikipedia, the free encyclopedia
[1]Tuan Guru Haji Ma'ruf Amin (lahir 11 Mac 1943) ialah seorang ahli politik, ulama Islam dan pensyarah Indonesia yang kini merupakan Naib Presiden Indonesia ke-13.[2] Berusia dekat 77 tahun apabila dilantik, beliau merupakan naib presiden Indonesia yang paling tua memegang jawatan.
Fakta Segera Tuan Yang Terutama, Naib Presiden Indonesia ke-13 ...
Ma'ruf Amin | |
---|---|
Naib Presiden Indonesia ke-13 | |
Memegang jawatan 20 Oktober 2019 | |
Presiden | Joko Widodo |
Didahului oleh | Jusuf Kalla |
Digantikan oleh | Gibran Rakabuming Raka (terpilih) |
Pengerusi Majlis Ulama Indonesia | |
Dalam jawatan 27 Ogos 2015 – 26 November 2020 | |
Didahului oleh | Din Syamsuddin |
Digantikan oleh | Miftachul Akhyar |
Rais Aam Nahdlatul Ulama | |
Dalam jawatan 6 Ogos 2015 – 22 September 2018 | |
Didahului oleh | Mustofa Bisri |
Digantikan oleh | Miftachul Akhyar |
Butiran peribadi | |
Lahir | (1943-03-11) 11 Mac 1943 (umur 81) Tangerang, Hindia Timur Jepun |
Parti politik |
|
Pasangan | Siti Churiyah (k. 1964; m. 2013) Wury Estu Handayani (k. 2014) |
Anak-anak | 8 |
Ibu bapa |
|
Pendidikan |
|
Pekerjaan |
|
Dikenali kerana | Pengerusi Sekolah Asrama An-Nawawi, Tanara, Serang, Banten |
Tutup
Pada 9 Ogos 2018, Presiden Joko Widodo mengumumkan bahawa Ma'ruf akan menjadi teman bertanding semasa pilihan raya presiden Indonesia 2019. Berikutan pencalonannya, beliau meletak jawatan sebagai Pemimpin Agung (rais 'aam syuriah) Nahdlatul Ulama (NU), organisasi Islam terbesar di dunia.