From Wikipedia, the free encyclopedia
Majlis Perbandaran Teluk Intan ialah pusat pentadbiran bandar Teluk Intan. Ia telah dinaik taraf daripada Majlis Daerah Hilir Perak setelah mendapat kelulusan jemaah menteri pada 23 April 2003.
Majlis Perbandaran Teluk Intan | |
---|---|
Jenis | |
Jenis | Kerajaan Tempatan |
Sejarah | |
Diasaskan | 23 April 2003 |
Didahului oleh | Majlis Daerah Hilir Perak |
Kepimpinan | |
Yang Dipertua | Zairul Akmal bin Kasim (sejak Jun 2023) |
Setiausaha | Ramdhatun Ajma Binti Jemail |
Struktur | |
Ahli | 24 orang ahli majlis |
Tempat persidangan | |
Majlis Perbandaran Teluk Intan
Jalan Speedy 36000 Teluk Intan | |
Laman sesawang | |
https://www.mpti.gov.my/index.php | |
Perlembagaan | |
Akta Kerajaan Tempatan 1976 | |
sunting |
Penaiktarafan daripada Majlis Daerah Hilir Perak kepada Majlis Perbandaran Teluk Intan dilakukan setelah mendapat kelulusan jemaah menteri pada 23 April 2003. Majlis Perisytiharan telah disempurnakan oleh DYMM Paduka Seri Sultan Azlan Muhibbuddin Shah, Sultan Perak pada 4 April 2004. Sebelum dinaik taraf kepada Majlis Perbandaran, Majlis Daerah Hilir Perak (MDHP) telah ditubuhkan pada 1 Disember 1979 di bawah penyusunan semula Penguasa-Penguasa Tempatan di bawah Akta Kerajaan Tempatan 1976 dan diisytiharkan melalui WARTA Kerajaan PKPU 27 dengan penyatuan enam (6) buah Lembaga Pengurus Kerajaan Tempatan (LPKT):
Disokong oleh prasarana yang sangat baik, pengurusan bandar yang lebih cekap telah dikendalikan oleh majlis daerah semenjak ditubuhkan pada tahun 1980 hasil daripada penyusunan semula penguasa-penguasa tempatan di bawah Akta Kerajaan Tempatan 1976 (Akta 171) dengan mencantumkan beberapa Penguasa Tempatan dalam Daerah Hilir Perak. Semenjak itu, pertumbuhan bandar terus berkembang pesat seperti industri, perumahan, perdagangan pelancongan, pembangunan lanskap dan keindahan bandar, infrastruktur dan utiliti serta pengangkutan dan lalu lintas yang menjadi asas yang penting yang kemudiannya melayakkan majlis daerah dinaik taraf.
Keluasan kawasan pentadbiran Majlis Perbandaran Teluk Intan ialah seluas 152.97 kilometer persegi.
“Berusaha ke arah meningkatkan pengurusan kawasan pentadbiran majlis secara cekap dan berkesan untuk menyelesaikan pelbagai masalah dan menangani perubahan bagi mencapai matlamat dasar pembangunan negeri dan negara”.
"Ke arah menjadikan Hilir Perak daerah yang maju, aman, makmur dan terunggul di Malaysia"
Komited kepada semua keperluan pelanggan melalui penyediaan perkhidmatan yang berkualiti dan perancangan yang terkawal, ke arah merealisasikan Wawasan Hilir Perak sebagai Daerah yang maju,aman, makmur dan terunggul di Malaysia.
Menentukan kualiti hidup penduduk tempatan terkawal dan terjamin melalui pelaksanaan dan penguatkuasaan tiga Akta Induk Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) iaitu:
Majlis mempunyai 9 Piagam Pelanggan yang memfokuskan pernyataan
“Kami, Pegawai-Pegawai dan Anggota-Anggota Majlis Perbandaran Teluk Intan berjanji untuk melaksanakan tugas dengan penuh bertanggungjawab demi untuk memenuhi kehendak pelanggan-pelanggan kami”.
Dalam memenuhi cita-cita tersebut, kami telah menetapkan matlamat kerja dan perlaksanaannya seperti berikut:
Seramai 24 orang ahli majlis yang dilantik oleh Kerajaan Negeri bagi membantu melancarkan pentadbiran majlis.
Seamless Wikipedia browsing. On steroids.
Every time you click a link to Wikipedia, Wiktionary or Wikiquote in your browser's search results, it will show the modern Wikiwand interface.
Wikiwand extension is a five stars, simple, with minimum permission required to keep your browsing private, safe and transparent.