Maktak
From Wikipedia, the free encyclopedia
Maktak (bahasa Inuit Inuktitut: ᒪᖅᑕᖅ maqtaq Siglitun: ᒪᒃᑖᖅ maktaaq, bahasa Inggeris: muktukcode: en is deprecated ) ialah kepingan kulit dan lemak ikan paus yang dimakan dalam kalangan orang Inuit dan Chukchi yang mendiami kawasan Artik Hemisfera Utara. Spesies paus Greenland (Balaena mysticetus) merupakan jenis paus paling dikehendaki, namun paus beluga dan narwhal juga boleh diburu untuk tujuan ini.
Kulit berlemak ini sering dimakan secara mentah selepas diburu, namun ia boleh juga dimasak secara goreng[1] atau dijadikan jeruk.[2] Bahan buruan ini juga boleh diproses sepertimana yang dilakukan di Greenland.[3]