Orang Melayu Terengganu
etnik Melayu / From Wikipedia, the free encyclopedia
Melayu Terengganu (Jawi: ملايو ترڠڬانو, Terengganu: Oghang Tranung) ialah suku kaum Melayu yang tinggal di negeri Terengganu Darul Iman, Malaysia. Keturunan Terengganu juga dapat dijumpai di negeri seberang Pahang ( sekitar perkampungan di daerah Kuantan (Beserah, Balok dan Cherating), Pekan dan Rompin) dan Johor (di daerah Mersing) serta di Kepulauan Anambas dan Natuna di Kepulauan Riau, Indonesia. Orang Melayu Terengganu membentuk hampir atau lebih 94% daripada keseluruhan jumlah penduduk di negeri tersebut, menjadikan antara dua negeri Malaysia yang mempunyai peratusan Melayu lebih 90% selain daripada negeri Kelantan.
Kawasan ramai penduduk | |
---|---|
Malaysia | 1,000,000 |
Indonesia | n/a |
Bahasa | |
Bahasa Terengganu Bahasa Malaysia | |
Agama | |
Islam bermazhab Syafi'i | |
Kumpulan etnik berkaitan | |
Melayu Kelantan, Melayu Patani dan Melayu Pahang |
Orang Terengganu mempunyai sejarah yang panjang di wilayah Semenanjung, dan disebabkan sejarah yang panjang mereka membentuk identiti kebudayaan, serta bahasa pertuturan yang unik berbanding negeri-negeri lain di Malaysia. Walaupun kaya dengan keunikan tersendiri, orang Terengganu mempunyai hubungan yang rapat dengan orang Pahang dan Kelantan Negeri-negeri tersebut berkongsi banyak persamaan dari segi sejarah, budaya dan bahasa kerana faktor geografi (ketiga-tiga sub-etnik Melayu tersebut dipanggil sebagai Orang Pantai Timur).