Menteri Besar Johor
ketua kerajaan Johor / From Wikipedia, the free encyclopedia
Menteri Besar Johor (Jawi: منتري بسر جوهرcode: ms is deprecated ) ialah ketua kerajaan bagi negeri Johor Darul Takzim. Menteri Besar Johor dilantik oleh Sultan Johor dalam kalangan ahli Dewan Negeri Johor yang mendapat kepercayaan majoriti ahli Dewan Negeri Johor pada hemat Sultan Johor. Menteri Besar Johor juga merupakan ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Johor yang turut dianggotai oleh ahli Dewan Negeri Johor yang lain.
Menteri Besar Johor Darul Ta'zim | |
---|---|
Menteri Besar Johor | |
Kerajaan Negeri Johor | |
Gelaran | Yang Amat Berhormat |
Lapor kepada | Dewan Negeri Johor |
Bidang kuasa | Johor |
Kediaman | Saujana, Johor Bahru, Johor |
Pusat | Aras 4, Bangunan Dato' Jaafar Muhammad, 79503 Iskandar Puteri, Johor |
Dilantik oleh | Sultan Ibrahim Sultan Johor |
Tempoh jawatan | Selagi masih memiliki keyakinan dan kepercayaan majoriti ahli Dewan Negeri Johor Pilihan raya negeri diadakan lima tahun sekali atau lebih awal |
Penjawat sulung | Dato' Jaafar Haji Muhammad |
Dibentuk | 1886; 138 tahun yang lalu (1886) |
Tapak web | Profil Menteri Besar |
sunting · sunting di Wikidata |
Dalam sejarah Menteri Besar Johor, Dato' Jaafar Haji Muhammad ialah Menteri Besar Johor paling lama dengan memegang jawatan selama 33 tahun, diikuti Tan Sri Abdul Ghani Othman selama 18 tahun, Tan Sri Othman Saat selama 15 tahun, Ungku Abdul Aziz Ungku Abdul Majid selama 12 tahun dan Tan Sri Muhyiddin Yassin selama 9 tahun.