Eduard Douwes Dekker
From Wikipedia, the free encyclopedia
Eduard Douwes Dekker (2 Mac 1820 - 19 Februari 1887) atau dikenali pula dengan nama pena Multatuli (dari frasa bahasa Latin multa tuli: "banyak yang aku sudah derita"), adalah penulis Belanda yang terkenal dengan Max Havelaar, novel satira tahun 1860 dikaryakan beliau yang berisi kritikan terhadap perlakuan buruk para penjajah Belanda terhadap orang-orang peribumi Hindia Belanda (atau Indonesia moden).
Fakta Segera Lahir, Meninggal dunia ...
Eduard Douwes Dekker | |
---|---|
Lahir | (1820-03-02)2 Mac 1820 Amsterdam, Belanda |
Meninggal dunia | 19 Februari 1887(1887-02-19) (umur 66) Ingelheim, Rhiein, Jerman |
Pekerjaan | Penulis, dramawan |
Warganegara | Belanda |
Tutup
Beliau disanjung sebagai salah seorang penulis terhebat Belanda kerana gaya pengkaryaannya yang radikal dan bersahaja berbanding penulisan Belanda yang sezamannya[1]