![cover image](https://wikiwandv2-19431.kxcdn.com/_next/image?url=https://upload.wikimedia.org/wikipedia/commons/thumb/0/0b/2010_Atlantic_hurricane_season_summary_map.png/640px-2010_Atlantic_hurricane_season_summary_map.png&w=640&q=50)
Musim hurikan Atlantik 2010
kategori Wikimedia / From Wikipedia, the free encyclopedia
Musim hurikan Atlantik 2010 merupakan waktu pembentukan siklon tropika di Lautan Atlantik. Sistem siklon tropika di sini diberi istilah hurikan bagi sekiranya angin mencapai kelajuan minimum 119 km/j, manakala istilah taufan digunakan secara spesifik di barat Lautan Pasifik. Agensi yang memantau lembangan ini ialah Pusat Hurikan Kebangsaan, Miami, Amerika Syarikat. Musim ini dimulakan dengan terbentuknya Hurikan Alex yang mencapai kekuatan kategori dua dalam Skala Hurikan Saffir-Simpson. Hurikan ini melanda Semenanjung Yucatán dengan kekuatan ribut tropika dan sempadan Amerika Syarikat – Mexico dengan kekuatan angin maksimum. Pada bulan Julai dan awal Ogos, sistem-sistem ribut lemah telah terbentuk. Musim ini mula aktif dengan pembentukan Hurikan Danielle, hurikan kategori 4 dan Hurikan Earl, juga hurikan kategori 4, pada hujung bulan Ogos. Apabila terbentuknya Ribut Tropika Gaston pada 4 September jam 5.00 petang Waktu Piawai Atlantik (AST) (4.00 pagi keesokkan harinya, Waktu Piawai Malaysia), Pusat Hurikan Kebangsaan, Miami, Amerika Syarikat menyatakan bahawa Gaston merupakan ribut tropika keempat yang terbentuk dalam 11 hari, menandakan musim hurikan mula menjadi lebih aktif.
Musim hurikan Atlantik 2010 | |
---|---|
![]() Peta ringkasan musim | |
Sempadan musim | |
Ribut pertama terbentuk | 25 Jun 2010 |
Ribut terakhir reda | 7 November 2010 |
Ribut terkuat | |
Nama | Igor |
• Halaju angin maksimum | 155 mph (250 km/h) (1-minit bertahan) |
• Tekanan ribut terendah | 924 mbar (hPa; 27.29 inHg) |
Statistik musim ini | |
Jumlah lembangan | 21 |
Jumlah ribut | 19 |
Hurikan | 12 |
Hurikan utama (Cat. 3+) | 5 |
Jumlah kematian | 392 |
Jumlah kerosakan | $7.39 bilion (2010 USD) |
Rencana berkaitan | |
| |
Musim Hurikan Atlantik 2008, 2009, 2010, 2011, 2012 |