Bandar Raya Oklahoma atau Kota Oklahoma (bahasa Inggeris: Oklahoma City) ialah ibu negeri dan bandar terbesar negeri Oklahoma di Amerika Syarikat. Ia merupakan antara kota-kota besar yang terletak di kawasan dataran rumput Great Plains yang merangkumi rantau tengah benua Amerika Utara termasuk negeri-negeri Oklahoma sendiri, Kansas, Nebraska, Dakota Utara dan Dakota Selatan.

Fakta Segera Oklahoma City, Oklahoma Bandar Raya Oklahoma, Negara ...
Oklahoma City, Oklahoma
Bandar Raya Oklahoma
Thumb
Deretan pencakar langit di daerah kewangan pusat bandar Oklahoma City
NegaraAmerika Syarikat
NegeriOklahoma
Keluasan
  Jumlah620.34 batu persegi (1,606.67 km2)
Aras
1,201 ft (366 m)
Penduduk
 (2010)
  Jumlah579,999
  Kepadatan900/batu persegi (360/km2)
Zon waktuUTC-6 (CST)
  Musim panas (DST)UTC-5 (CDT)
Laman sesawanghttp://www.okc.gov/
Tutup

Ia mempunyai pasaran ternakan antara yang terbesar di dunia.[1] Kota ini terletak di suatu padang yang mempunyai sumber minyak bawah tanah yang banyak, maka pendapatan kota ini sangat bergantung kepada kegiatan penggalian petroleum, gas asli serta industri-industri berkaitan.

Bandar raya ini berada di tengah-tengah kawasan yang berkecerungan dilanda puting beliung, ia sendirinya telah dilanda bencana sedemikian sebanyak 13 kali sejak kegiatan mencatat kaji cuaca sekitaran mula dilakukan di bandar raya tersebut.[2]

Sejarah

Bandar raya ini pada asalnya terdiri daripada beberapa kawasan tanah milik orang-orang asli puak Creek (Muskogee) dan Seminole serta kawasan tiada bertuan (Unassigned Lands - "tanah tiada hak milik") yang diserahkan kepada pemerintah Kesatuan berikutan tamatnya Perang Saudara Amerika; kawasan-kawasan ini kemudiannya dibuka kepada petempatan para pendatang dari Timur menerusi suatu kerubut tanah (The Land Run)[3] lalu sebuah kota mula ditubuhkan pada 22 April 1889.[4] Sebanyak 10,000 orang peladang (homesteader) segera bertumpu ke kawasan dibuka ini untuk membina kediaman dan petempatan di sini; kependudukan kawasan ini meningkat dua kali ganda dalam masa sedekad dari tahun 1890 hingga 1900.[5]

Geografi

Topografi

Bandar Raya Oklahoma mempunyai keluasan sebanyak 620.34 batu persegi (1,606.7 km2).[6] 601.11 batu persegi (1,556.9 km2) daripadanya ialah tanah manakala 19.23 batu persegi (49.8 km2) yang selebihnya ialah air - jasad-jasad air yang diliputi dalam kawasan ini ialah sebuah sungai bernama Sungai Kanada Utara (North Canadian River) atau Sungai Oklahoma (Oklahoma River - dalam batasan lingkungan kota) serta tiga tasik iaitu Tasik Hefner, Tasik Overholser (di kawasan barat laut kota) dan Tasik Stanley Draper (di kawasan tenggara kota).

Bandar raya ini terletak di salah satu koridor utama ke Texas dan Mexico, dan melibatkan pemanduan selama 3 jam dari kawasan metropleks Dallas-Fort Worth.

Iklim dan suhu

Bandar raya ini beriklim subtropika lembap (Pengelasan iklim Köppen: Cfa) di mana ia mengalami musim panas yang lembap serta musim sejuk yang dingin dengan salji yang sederhana. Tiupan angin yang sederhana dari arah selatan dan tenggara negeri mengurangkan kepanasan yang dialami semasa musim panas manakala musim sejuk akan sering menguat dengan adanya angin kuat dari arah utara. Malah, ribut salji dan ribut ais kadangkalanya ada berlaku sewaktu musim sejuk.

Suhu pukul rata bandar raya ini disukat sekitar 61.4 °F (16.3 °C), with the monthly daily average ranging from 39.2 °F (4.0 °C) pada bulan Januari sehingga 83.0 °F (28.3 °C) pada bulan Julai. Suhu paling rendah diukur ialah −17 °F (−27 °C) pada 12 Februari 1899 sewaktu ribut salji yang berlaku pada tahun tersebut manakala suhu tertinggi dicatat ialah 113 °F (45 °C) pada Ogos 11 1936 dan 3 Ogos 2012 (ketika berlakunya suatu gelombang panas pada tahun tersebut).[7] Kerpasan yang ditadah secara bertahunan ialah sebanyak 35.9 inci (91.2 cm) di mana 8.6 inci (21.8 cm) daripadanya ialah salji.

Ekonomi

Ekonomi Bandar Oklahoma, yang terdahulunya hanya pusat setempat bagi kerajaan dan penerokaan tenaga, telah dipelbagaikan untuk merangkumi sektor teknologi maklumat, perkhidmatan, perkhidmatan kesihatan dan pengurusan. Oklahoma menempatkan beberapa pasukan sukan profesional, termasuk Oklahoma City Thunders daripada Persekutuan Bola Keranjang Negara. Salah satu mercu tanda terkemuka di pusat bandarnya ialah Jambatan Hablur di Taman Botani Myriad, iaitu sebuah taman perbandaran pusat bandar yang besar. Bandar Oklahoma dikendalikan bawah jenis bandar kerajaan majlis-pengurus sejak tahun 1927.

Demografi

Bandar kembar

Bandar raya ini mempunyai tujuh bandar kembar yang sah:[8]

Rujukan

Pautan luar

Wikiwand in your browser!

Seamless Wikipedia browsing. On steroids.

Every time you click a link to Wikipedia, Wiktionary or Wikiquote in your browser's search results, it will show the modern Wikiwand interface.

Wikiwand extension is a five stars, simple, with minimum permission required to keep your browsing private, safe and transparent.