From Wikipedia, the free encyclopedia
Order of Merit of the German Eagle (Jerman: Verdienstorden vom Deutschen Adler ) ialah sejenis anugerah rejim Jerman Nazi, terutamanya untuk para diplomat asing. Darjah ini telah dizahirkan pada 1 Mei 1937 oleh Adolf Hitler.[1] Ia tidak lagi dikurniakan selepas kejatuhan Jerman Nazi pada akhir Perang Dunia II di Eropah. Pemakaian darjah Order of Merit of the German Eagle adalah dilarang dalam Republik Persekutuan Jerman.
Darjah Kepujian Helang Jerman | |
---|---|
Verdienstorden vom Deutschen Adler | |
Dianugerahkan oleh Jerman Nazi | |
Jenis | Darjah kebesaran |
Dizahirkan | 1 Mei 1937 |
Negara | Jerman Nazi |
Kelayakan | Warganegara Jerman dan warga asing |
Dianugerahkan untuk | perkhidmatan tentera dan awam |
Status | Luput |
Gred | Enam |
sunting · sunting di Wikidata |
Order of Merit of the German Eagle ialah anugerah diplomatik dan kehormat yang dikurniakan kepada warga asing ternama, khususnya diplomat.
Selain anugerah kepada bukan Jerman, Menteri Luar Reich dan Penaung Reich Bohemia dan Moravia menerima 'Gred Khas' (Sonderstufe), dengan insignia yang sama dengan Grand Cross of the Order. Sehubungan itu, Menteri Luar Konstantin von Neurath, menerima Darjah Gred Khas, dengan anugerah seterusnya kepada Joachim von Ribbentrop atas pelantikannya sebagai Menteri Luar Negeri pada tahun 1938.[2] Pada tahun 1943 Dr. Wilhelm Frick memerima Gred Khas selepas menjadi Penaung Reich Bohemia dan Moravia.[3]
Seamless Wikipedia browsing. On steroids.
Every time you click a link to Wikipedia, Wiktionary or Wikiquote in your browser's search results, it will show the modern Wikiwand interface.
Wikiwand extension is a five stars, simple, with minimum permission required to keep your browsing private, safe and transparent.