Osman Ahmad - Wikiwand
For faster navigation, this Iframe is preloading the Wikiwand page for Osman Ahmad.

Osman Ahmad

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.

Osman Ahmad
Osman Ahmad
KelahiranOsman bin Ahmad
Meninggal dunia30 November 1964
Geylang, Singapura
PekerjaanPengubah lagu
PasanganAnnie Abdullah

Osman Ahmad merupakan salah seorang penggubah lagu yang terkemuka semasa era emas filem Melayu. Beliau bertugas sebagai pengarah muzik Malay Film Productions Ltd Studio Orchestra dan banyak mengarang lagu bagi filem-filem yang dihasilkan oleh Shaw Brothers.

Kedua-dua orang tua Osman dipercayai berasal dari Semarang, Kota Pesisir di Jawa, berhijrah dan kemudian menetap di Arab Street, Singapura. Ayahnya seorang pencanai emas, manakala ibunya suri rumah sepenuh masa. Disebabkan hidupnya dihambat kemiskinan, Osman belajar muzik dalam keadaan yang sukar. Semasa remaja, dia menggunakan buluh sebagai seruling dan kadbod pula sebagai gitar. Ahmad Patek iaitu abang kepada Osman bekerja dengan salah satu kumpulan bangsawan terkenal dan menjadi penggubah lagu. Salah satu lagu gubahan Ahmad adalah lagu rakyat iaitu Di Tanjong Katong.

Pada tahun 1935, Osman berkahwin dengan Annie Abdullah dan dikurniakan 12 anak, tetapi hanya 10 orang yang hidup. Dengan keluarga yang besar, beliau menjadi pemuzik untuk menambahkan pendapatannya. Pada sebelah siang, beliau bekerja sebagai pembaca meter dengan sebuah majlis tempatan, manakala sebelah malam sebagai pemuzik.

Bagi menampung perbelanjawan keluarganya, bapa muda ini memegang dua pekerjaan, iaitu sebagai pembaca meter dengan Majlis Perbandaran pada waktu siang dan sebagai pemuzik pada malam hari dengan Royal Star Opera. Osman turut menubuhkan kumpulan bangsawannya sendiri, Madam Bangsawan. Akan tetapi, kumpulan bangsawannya itu terpaksa dibubarkan kerana kekurangan keanggotaan. Disebabkan pendapatannya tidak besar, beliau menjadi pegawai dengan Keretapi Tanah Melayu (KTM).

Selepas pendudukan Jepun (1942 – 1945), kebanyakan opera bangsawan tidak lagi aktif dan diganti dengan industri perfileman yang kian berkembang pesat dan Osman diminta untuk menyertai MFP Studios disebabkan pengalaman yang dimilikinya, sewaktu industri filem Melayu mula mendapat sambutan. Daripada hanya sebagai seorang pemuzik, beliau belajar menggubah lagu sehingga terpilih menjadi ketua orkestra MFP. Orkestra itu bertanggungjawab menghasilkan muzik dan lagu untuk filem keluaran MFP dari tahun 1948 hingga 1960-an.

Beliau telah menggubah lebih daripada 40 buah lagu tema untuk filem termasuk filem klasik Lela Manja. Kebanyakan lagu gubahan beliau dinyanyikan oleh penyanyi popular ketika itu seperti Nona Asiah, Julia Lena dan A. Rahman (ayah kepada R. Ismail), sementara proses rakaman dijalankan di His Master’s Voice di MacDonald House, yang kemudiannya dikenali sebagai EMI Studio. Di sini, beliau berganding bahu dengan para penggubah MFP seperti Yusoff B, Ahmad Jaafar dan P. Ramlee. Antara lagu gubahan beliau ialah Berhati Lara, Gadis Teruna, Hati Gelisah dan Dayung Sampan (semuanya dalam filem Aloha), Juwitaku Sayang (dalam filem Pembalasan), Malamku Bermimpi, Seri Dewi Malam, dan lain-lain.

Adalah dipercayai Osman Ahmad telah menggubah ratusan lagu disepanjang hayatnya. Namun hanya 36 lagu di bawah nama beliau. Lagu-lagu Osman Ahmad seperti Pengantin Bersanding dan Kasih Ibu telah diguna dalam buku teks Rakyat Yang Baik, sementara banyak lagi yang dirakamkan di bawah label HMV (His Master’s Voice). Sungguh pun zaman mudanya susah, beliau telah berjaya mencapai kemuncak kerjayanya berkat keazaman yang kuat. Beliau meninggal dunia di rumahnya di Geylang, Singapura pada 30 November 1964.

Lagu-lagu karangan beliau

Di antara lagu-lagu karya beliau yang digunakan dalam filem adalah seperti berikut:-

Pautan luar

{{bottomLinkPreText}} {{bottomLinkText}}
Osman Ahmad
Listen to this article