Pertubuhan politik dan ketenteraan palestin From Wikipedia, the free encyclopedia
Barisan Rakyat untuk Pembebasan Palestin (Bahasa Arab: الجبهة الشعبية لتحرير فلسطين, al-Jabhah al-Sha`biyyah li-Tahrīr Filastīn) adalah parti dan organisasi sayap kiri yang menjadi anggota dari Pertubuhan Pembebasan Palestin (PLO). Barisan ini ditubuhkan pada 11 Disember 1967 sebagai perluasan cawangan Palestin daripada Gerakan Nasionalis Arab, yang runtuh selepas kekalahan Perang Enam Hari.
Barisan Rakyat untuk Pembebasan Palestin الجبهة الشعبية لتحرير فلسطين | |
---|---|
Singkatan | PFLP |
Setiausaha agung | Abu Ali Mustafa (-2001) Ahmad Sa'adat (2001-sekarang) |
Pengasas | Dr. George Habash |
Ditubuhkan | 11 Disember 1967 |
Ibu pejabat | Damsyik, Syria |
Sayap separa tentera | Briged Abu Ali Mustafa |
Ideologi |
|
Kedudukan politik | Jauh kiri |
Penggabungan serantau | Pertubuhan Pembebasan Palestin Perikatan Demokratik |
Penggabungan antarabangsa | Seminar Komunis Antarabangsa (tidak berfungsi) Paksi Penentangan |
Majlis Perundangan Palestin | 3 / 128
|
Laman sesawang | |
pflp.ps | |
Politik Negara Palestin Parti politik Pilihan raya |
PFLP ini diasaskan dengan mesyuarat pimpinan cawangan Palestin dari Gerakan Nasionalis Arab; antara lain Dr. George Habash, Mustafa Al Zubairi yang masyhur dikenal sebagai Abu Ali Mustafa, Wadie Haddad, Ahmad Hussein Al Yamani, Hussein Hammoud (Abu Assad), Nayef Hawatmeh yang kemudian keluar dan mengasaskan Barisan Demokratik untuk Pembebasan Palestin (DFLP), dan Muhammad Al Qadi yang bersara pada pertengahan dekad 1970-an. Pimpinan Gerakan Nasionalis Arab ini bertemu dengan pimpinan kumpulan Palestin yang lain, yakni seperti Barisan Pembebasan Palestin (dengan Ahmed Jibril yang kemudian keluar untuk menubuhkan Barisan Rakyat untuk Pembebasan Palestin – Perintah Am (PFLP–GC)), dan beberapa orang bebas.[3]
Barisan memulakan tindakan tentera berdasarkan pandangan bahawa rakyat Palestin harus bergantung kepada pasukan mereka sendiri untuk membebaskan Palestin selepas kekalahan rejim Arab dalam perang 1967, dan dipengaruhi oleh pengalaman gerila dalam gerakan pembebasan antarabangsa seperti pengalaman Vietnam dan Cuba.[4]
Barisan PFLP menyertai PLO pada tahun 1968 selepas Pertempuran Karameh di bulan Mac tahun yang sama. Barisan PFLP mengekalkan keanggotaannya dalam pertubuhan meskipun terdapat perbezaan dengan Yasser Arafat dalam kedudukan politik. Barisan PFLP kemudian berubah menjadi puak terbesar kedua sesudah Fatah di dalam PLO.[5]
George Habash memegang Sekretariat Agung dari penubuhan Barisan sehingga peletakan jawatannya pada kongres VI di tahun 2000 lalu digantikan oleh Mustafa Al Zubairi atau Abu Ali Mustafa yang kembali ke Palestin dan dibunuh pada 27 Ogos 2001. Kepimpinan Abu Ali Mustafa lalu digantikan oleh Ahmed Saadat. Ahmed Saadat ditangkap Pihak Berkuasa Palestin selepas Israel menuduh Saadat membunuh Menteri Pelancongan Israel Rehavam Ze'evi sebagai tindak balas dendam atas pembunuhan Abu Ali Mustafa.[6] Saadat dan empat anggota Barisan PFLP dipenjarakan di penjara Jericho. Di tahun 2006, Israel menyerbu penjara Jericho dan menculik Saadat serta membawa Saadat ke penjara Ofer.
Saadat kekal dalam jawatannya sebagai Setiausaha Agung manakala kepimpinan di luar penjara dikawal oleh Timbalan Setiausaha Abderrahim Mallouh sehingga kemangkatannya pada 23 Disember 2020.
Majalah Al Hadaf adalah alat sebaran Barisan PFLP. Majalah Al Hadaf ditubuhkan pada 1969 sebagai pengganti majalah Al Hurriyyah yang merupakan alat sebaran Gerakan Nasionalis Arab. Majalah ini diasaskan dan disunting Ghassan Kanafani sehingga pembunuhannya pada Bulan Julai 1972.[7]
Buletin PFLP adalah majalah bulanan berbahasa Inggeris yang terbit dari Mac 1979 sampai November 1983.[8]
Palestin Demokratik adalah sebuah majalah berbahasa Inggeris yang diterbitkan di Damsyik untuk menggantikan Buletin PFLP dalam Bahasa Inggeris sebelumnya yang sudah berhenti terbit. Majalah ini dikeluarkan secara tidak teratur.[8]
Seamless Wikipedia browsing. On steroids.
Every time you click a link to Wikipedia, Wiktionary or Wikiquote in your browser's search results, it will show the modern Wikiwand interface.
Wikiwand extension is a five stars, simple, with minimum permission required to keep your browsing private, safe and transparent.