From Wikipedia, the free encyclopedia
Patricio Gabarrón Gil (lahir 17 April 1993), atau dikenali sebagai Patric, merupakan seorang pemain bola sepak Sepanyol yang beraksi untuk kelab Itali, Lazio. Selain beraksi di posisi bek kanan, beliau juga boleh diletakkan di posisi pemain tengah bertahan ataupun pemain tengah.
Maklumat peribadi | |||
---|---|---|---|
Nama penuh | Patricio Gabarrón Gil | ||
Tarikh lahir | 17 April 1993 | ||
Tempat lahir | Mula, Sepanyol | ||
Ketinggian | 1.84 m (6 ka 0 in) | ||
Posisi permainan | Bek kanan / Pemain tengah | ||
Maklumat kelab | |||
Kelab terkini | Lazio | ||
Nombor | 4 | ||
Kerjaya remaja | |||
2004–2006 | Murcia | ||
2006–2008 | Villarreal | ||
2008–2012 | Barcelona | ||
Kerjaya Senior* | |||
Tahun | Pasukan | Kmcln | (Gol) |
2012–2015 | Barcelona B | 87 | (4) |
2013 | Barcelona | 0 | (0) |
2015– | Lazio | 53 | (0) |
* Gol dan kemunculan untuk kelab senior hanya untuk liga domestik dan tepat pada 20 April 2019 |
Patric menyertai akademi FC Barcelona, La Masia pada tahun 2008 semasa berusia 15 tahun. Pada mulanya, beliau beraksi di posisi pemain tengah bertahan sebelum ditukarkan ke posisi bek kanan oleh jurulatih pasukan Barcelona B iaitu Eusebio Sacristán.
Pada 22 September 2012, Patric telah melakukan penampilan sulungnya untuk pasukan simpanan. Beliau telah menjadi pemain gantian kepada Gerard Deulofeu semasa pasukannya menewaskan Hércules CF 3–0 dallam aksi Segunda División.[1] Pada 26 November 2013, beliau beraksi dalam perlawanan pertamanya bersama skuad utama selepas menggantikan Carles Puyol semasa pasukannya kecundang kepada Ajax dalam saingan Liga Juara-Juara.[2]
Patric menjaringkan gol sulungnya pada 28 Februari 2015 dalam aksi liga menentang RCD Mallorca.[3] Namun dalam kempen itu, pasukannya akhirnya berdepan penyingkiran.
Pada 8 Jun 2015, Patric telah menandantangani kontrak selama empat tahun bersama kelab Serie A, Lazio.[4] Beliau telah melakukan penampilan sulungnya untuk Lazio pada 30 Ogos ketika pasukannya tewas kepada Chievo 4–0.[5]
Kelab | Musim | Liga | Piala | Eropah | Jumlah | ||||
---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|
Kmncln | Gol | Kmncln | Gol | Kmncln | Gol | Kmncln | Gol | ||
Barcelona B | 2012–13 | 20 | 0 | — | 20 | 0 | |||
2013–14 | 35 | 1 | 35 | 1 | |||||
2014–15 | 32 | 3 | 32 | 3 | |||||
Jumlah | 87 | 4 | — | 87 | 4 | ||||
Barcelona | 2013–14 | 0 | 0 | 0 | 0 | 1 | 0 | 1 | 0 |
Lazio | 2015–16 | 9 | 0 | 0 | 0 | 0 | 0 | 9 | 0 |
2016–17 | 19 | 0 | 2 | 0 | — | 21 | 0 | ||
2017–18 | 11 | 0 | 1 | 0 | 9 | 0 | 21 | 0 | |
2018–19 | 14 | 0 | 1 | 0 | 1 | 0 | 16 | 0 | |
Jumlah | 53 | 0 | 4 | 0 | 10 | 0 | 67 | 0 | |
Jumlah kerjaya | 140 | 4 | 4 | 0 | 11 | 0 | 155 | 4 |
Seamless Wikipedia browsing. On steroids.
Every time you click a link to Wikipedia, Wiktionary or Wikiquote in your browser's search results, it will show the modern Wikiwand interface.
Wikiwand extension is a five stars, simple, with minimum permission required to keep your browsing private, safe and transparent.