From Wikipedia, the free encyclopedia
Paul-Henri-Benjamin Balluet d'Estournelles, Baron de Constant de Rebecque (22 November 1852 – 15 Mei 1924), merupakan diplomat dan ahli politik Perancis, serta peguamcara timbang tara antarabangsa dan penerima Hadiah Keamanan Nobel 1909.
Paul-Henri-Benjamin d'Estournelles de Constant | |
---|---|
Kelahiran | Paul-Henri-Benjamin Balluet d'Estournelles, Baron de Constant de Rebecque 22 November 1852 |
Meninggal dunia | 15 Mei 1924 71) | (umur
Warganegara | Perancis |
Pekerjaan | Diplomat, ahli politik |
Anugerah | Hadiah Keamanan Nobel (1909) |
Estournelles de Constant dilahirkan di La Flèche (Sarthe) di lembah Loire dan cucu saudara kepada Benjamin Constant.
Selepas mempelajari undang-undang dan bahasa Timur di Lycée Louis-le-Grand, Paris, Estournelles de Constant telah memulakan kerjaya diplomatik pada tahun 1876. Antara jawatan diplomatik terawal beliau adalah di Montenegro, Empayar Uthmaniyah, Belanda, Great Britain, dan Tunisia; pada 1882 beliau kembali ke Paris untuk berkhidmat sebagai Penolong Pengarah Kementerian Luar Negeri. Pada tahun 1890, beliau telah dihantar ke London sebagai chargé d'affaires Perancis di mana beliau memainkan peranan dalam mengelakkan perang dengan Britain atas pertikaian penjajahan. Kecewa dengan batasan perkhidmatan diplomatik, beliau bertanding untuk Parlimen Perancis pada tahun 1895. Pada tahun 1904, Estournelles de Constant bertanding dan memenangi kerusi Senat Perancis, di mana beliau berkhidmat sehingga akhir hayatnya.
Beliau merupakan ahli Mahkamah Tetap Timbang Tara dari tahun 1900. Beliau telah mewakili Perancis dalam Persidangan Keamanan Hague (1898 and 1907), dan menggariskan visi Kesatuan Eropah.
Estournelles de Constant benyak menulis berkaitan sejarah dan politik. Beliau turut menjadi penyumbang tetap kepada surat khabar Le Temps, La Revue de Paris, dan La Revue des deux mondes. Beliau mengahwini wanita Amerika, Daisy Sedgwick Berend dan banyak mengembara dan menulis berkaitan Amerika Syarikat.
Wikimedia Commons mempunyai media berkaitan Paul-Henri-Benjamin d'Estournelles de Constant |
Seamless Wikipedia browsing. On steroids.
Every time you click a link to Wikipedia, Wiktionary or Wikiquote in your browser's search results, it will show the modern Wikiwand interface.
Wikiwand extension is a five stars, simple, with minimum permission required to keep your browsing private, safe and transparent.