From Wikipedia, the free encyclopedia
Konsep peluru berpandu Sea Wolf ataupun pada awalnya dikenali sebagai projek Guided Weapon System (GWS) Mk 25 dicetuskan oleh pereka-pereka British Aerospace pada tahun 1962 bagi menggantikan peluru berpandu Sea Cat. Ketika itu Sea Cat digunakan dengan meluas dalam armada Tentera Laut Diraja British. Sea Wolf ialah senjata pentahanan dekat ataupun point defence untuk menentang ancaman pesawat udara dan peluru berpandu lain. Di waktu fasa ujian, Sea Wolf telah membuktikan kebolehan memintas tembakan peluru meriam konvensional 114mm.
Konflik Falkland 1982 ialah pentas pertama Sea Wolf digunakan di dalam peperangan. Tiga buah frigat Tentera Laut Diraja British iaitu HMS Brilliant, HMS Broadsword, (kedua-duanya kelas Type 22) dan HMS Andromeda (kelas Leander) telah dilengkapkan dengan sistem tersebut. HMS Brilliant bertindak memberi perlindungan rapat kapal-kapal pengangkut pesawat HMS Hermes dan HMS Invincible dan dalam tugasan tersebut telah berjaya menembak jatuh dua A-4 Skyhawk dan mengakibatkan sebuah lagi pesawat yang sama terhempas ketika mengelak Sea Wolf yang dilancarkan.
Ketika Perang Falkland, beberapa kali berlaku sasaran musuh tidak dapat dikunci kerana terbang rapat antara satu sama lain. Setelah Perang Falkland, perisian sistem Sea Wolf telah mengalami modifikasi untuk meningkatkan kecekapan sistem dan mengatasi masalah tersebut. Ujian berikutnya berhasil apabila Sea Wolf berjaya memusnahkan peluru berpandu MM38 Exocet. Satu versi baru telah diperkenalkan semula iaitu versi Sistem Lancaran Tegak (VLS). Versi ini sebenarnya telah diuji pada tahun 1968 lagi tetapi telah ditangguhkan pembangunannya untuk memberi keutamaan kepada versi asas. Versi ini dikenali sebagai GWS Mk 26. Walau bagaimanapun varian GWS Mk 27 yang mempunyai pencari aktif dan penjejak jujukan berfasa telah dibatalkan pembangunannya pada 1987. Jika tidak varian ini dijangka mempunyai jangkauan sehingga dua kali lebih jauh dari versi asal.
Frigat Type 22 (4 buah) | 2 pelancar x 6 Sea Wolf |
Frigat Type 23 (13 buah) | sistem lancaran tegak dengan 32 peluru |
Frigat kelas Lekiu (2 buah) | sistem lancaran tegak dengan 16 peluru |
Frigat Type 22 (1 buah) | 2 pelancar x 6 Sea Wolf |
Frigat Type 23 (3 buah) | sistem lancaran tegak dengan 32 peluru |
Frigat Type 22 (4 buah) | 2 pelancar x 6 Sea Wolf |
Seamless Wikipedia browsing. On steroids.
Every time you click a link to Wikipedia, Wiktionary or Wikiquote in your browser's search results, it will show the modern Wikiwand interface.
Wikiwand extension is a five stars, simple, with minimum permission required to keep your browsing private, safe and transparent.