![cover image](https://wikiwandv2-19431.kxcdn.com/_next/image?url=https://upload.wikimedia.org/wikipedia/commons/thumb/7/7d/An_Lushan_Rebellion.png/640px-An_Lushan_Rebellion.png&w=640&q=50)
Pemberontakan An Lushan
From Wikipedia, the free encyclopedia
Pemberontakan An Lushan merupakan pemberontakan yang berlaku di China ketika zaman Dinasti Tang. Pemberontakan ini tercetus pada 16 Disember 755 ketika jeneral An Lushan mengumumkan dirinya sebagai maharaja di Utara China dan mengasaskan Dinasti Yan. Pemberontakan ini berakhir pada 17 Februari 763 akibat kejatuhan Dinasti Yan. Peristiwa ini juga dikenali sebagai Pemberontakan An–Shi atau Kekacauan An–Shi (Cina ringkas: 安史之乱code: zh is deprecated ; Cina tradisional: 安史之亂code: zh is deprecated ; pinyin: Ān Shǐ zhī luàn). Hal ini kerana pemberontakan ini masih diteruskan selepas kematian An Lushan di bawah pimpinan anaknya, An Qingxu dan pengganti An Lushan, Shi Siming. Selain itu, nama lain bagi peristiwa ini ialah Pemberontakan Tianbao (天寶之乱).
Pemberontakan An Lushan | |||||||
---|---|---|---|---|---|---|---|
![]() Peta menunjukkan kawasan-kawasan pemberontakan | |||||||
| |||||||
Pihak yang terlibat | |||||||
Dinasti Tang Kerajaan Khan Uyghur Disokong oleh: | Dinasti Yan | ||||||
Komandan dan pemimpin | |||||||
Tang Xuanzong Tang Suzong Tang Daizong Feng Changqing Gao Xianzhi Geshu Han Guo Ziyi Li Guangbi Zhang Xun Li Siye (WIA) Pugu Huai'en Yu Chao'en Yan Zhenqing |
An Lushan An Qingxu Shi Siming Shi Chaoyi Zhang Xiaozhong ![]() Wang Wujun ![]() Xue Song ![]() Zhang Zhongzhi ![]() Li Huaixian ![]() Tian Chengsi ![]() | ||||||
Kekuatan | |||||||
c. 600,000–700,000 saat kemuncak | c. 200,000–300,000 saat kemuncak | ||||||
Kerugian dan korban | |||||||
Sangat tinggi |