![cover image](https://wikiwandv2-19431.kxcdn.com/_next/image?url=https://upload.wikimedia.org/wikipedia/commons/thumb/d/d1/Houthi_map.png/640px-Houthi_map.png&w=640&q=50)
Pemberontakan Sa'dah
From Wikipedia, the free encyclopedia
Pemberontakan Sa'dah adalah perang saudara di Yaman. Hal ini bermula pada bulan Jun 2004 apabila ketua ulama pembangkang Badreddin Hussein al-Houthi, dari aliran Syiah Zaidiyah melancarkan pemberontakan melawan kerajaan Yaman dan berakhir pada bulan Februari 2010 dengan gencatan senjata. Sebahagian besar pertempuran terjadi di Sa'dah di barat laut Yaman. Kawasan lain ialah di Hajjah, Amran, Al Jawf dan Wilayah Jazan.
Pemberontakan Sa'dah | |||||||
---|---|---|---|---|---|---|---|
![]() Kegabenoran dengan aktiviti Houthi | |||||||
| |||||||
Pihak yang terlibat | |||||||
![]() |
Hizbullah[7]Harakat al-Shabaab Mujahideen[8] ![]() | ||||||
Komandan dan pemimpin | |||||||
![]() |
![]() | ||||||
Kekuatan | |||||||
Yaman: |
2,000-10,000 pemberontak[15] | ||||||
Kerugian dan korban | |||||||
Yaman: | 3,700-5,500 pemberontak dan orang awam terbunuh[19] (termasuk 187 children)[23] |
Kerajaan Yaman menuduh puak Houthis berusaha untuk menggulingkan kerajaan dan untuk hendak melaksanakan undang-undang agama Syiah. Tetapi pemberontak menyatakan mereka mahu "membela komuniti mereka melawan diskriminasi dan pencerobohan kerajaan. Kerajaan Yaman menuduh Iranmembiayai pemberontakan.
Pada bulan Ogos 2009, tentera Yaman melancarkan serangan baru melawan pemberontak Syiah di utara wilayah Sa'ada .Ratusan ribu orang terlantar akibat pertempuran itu. Konflik ini mendapat dimensi antarabangsa pada tarikh 4 November 2009 apabila pasukan keselamatan Arab Saudi turut memburu mereka di sepanjang smepadan dengan Yaman. Arab Saudi melancarkan serangan anti-Houthi. Para pemberontak menuduh Arab Saudi menyokong kerajaan Yaman .Kerajaan Saudi membantah tuduhan ini. Pemimpin Houthi menyatakan bahawa penglibatan AS dalam perang bermula pada tarikh 14 Disember ketika AS melancarkan serangan udara .