Peniskalaan, pemujaradan, pengabstrakan, atau abstraksi dalam erti utamanya ialah proses konsep yang dalamnya peraturan-peraturan dan konsep-konsep umum diturunkan daripada penggunaan dan pengelasan contoh-contoh spesifik, penanda harfiah ("benar" atau "konkrit"), prinsip-prinsip pertama, atau kaedah-kaedah lain. "Peniskalaan" ialah hasil daripada proses ini—konsep yang bertindak sebagai kata nama superkategori untuk semua konsep subordinat, dan menghubungkan mana-mana konsep berkaitan sebagai kelompok, bidang, atau kategori.[1]

Peniskalaan konsep boleh dibentuk dengan penapisan kandungan maklumat bagi suatu konsep atau fenomena boleh cerap, hanya memilih aspek-aspek yang relevan untuk tujuan tertentu. Contohnya, peniskalaan bola sepak kulit kepada idea lebih am, bola, hanya memilih maklumat pada atribut dan tingkah laku bola am, menghapuskan ciri-ciri lain pada boleh tertentu itu.[1] Dalam pembezaan jenis–token, satu jenis (contohnya, 'bola') adalah lebih niskala daripada token-tokennya (contohnya, 'bola sepak kulit itu').

Peristilahan

"Peniskalaan" hasil imbuhan kata dasar niskala نيسكالا serapan Sanskrit: निष्कल​​, rumi: niṣkala "tanpa bagian; tidak terbagi; dikurangi"[2] hasil pengimbuhan kata निर् nir (bertemu bunyi vokal​​ dan seberapa konsonan bersuara menjadi निस् nis) kepada कल​​ kala​​. "Pemujaradan" hasil imbuhan kata dasar mujarad مجرد serapan Arab: مُجَرَّد, rumi: mujarrad "bebas", "telanjang" terbitan kata kerja جَرَّدَ jarrada "melucutkan; menanggalkan".[3]

Lihat juga

Rujukan

Pautan luar

Wikiwand in your browser!

Seamless Wikipedia browsing. On steroids.

Every time you click a link to Wikipedia, Wiktionary or Wikiquote in your browser's search results, it will show the modern Wikiwand interface.

Wikiwand extension is a five stars, simple, with minimum permission required to keep your browsing private, safe and transparent.