Serangan berani mati ialah sejenis serangan yang mana penyerang dijangka atau berniat untuk mengorbankan nyawanya dalam tindakannya.

Takrifan

Bukan senang untuk mentakrifkan terorisme berani mati, apatah lagi mentakrifkan terorisme itu sendiri. Pada Mac 2005, Kofi Annan, selaku Setiausaha Agung PBB, mentakrifkan pengganasan di Perhimpunan Agung sebagai sebarang tujuan yang "berniat menyebabkan kematian atau kecederaan parah orang awam atau bukan petempur" untuk tujuan penakutan.[1] Takrifan inilah yang membezakan terorisme berani mati daripada pengeboman berani mati, yang mana pengeboman berani mati tidak semestinya menyasar bukan petempur, tetapi tidak diterima secara meluas.

Misalnya, Jason Burke, seorang wartawan yang pernah hidup di kalangan militan Islam, lebih menggemari istilah 'kemilitanan' daripada 'terorisme', dan mendapati bahawa ramai yang mentakrifkan terorisme sebagai 'penggunaan atau pengugutan keganasan dahsyat' mengedepankan 'perjuangan', serta menekankan bahawa terorisme itu sejenis taktik. Burke mengetepikan sasaran tindakan pengganas daripada takrifan, namun beliau terang-terangan meluahkan 'kebencian' terhadap pengeboman berani mati.[2] Sementara itu, Fred Halliday menarik perhatian kepada fakta bahawa pemerian tindakan pihak tertentu sebagai 'pengganas' atau 'terorisme' merupakan taktik yang digunakan oleh kerajaan untuk menyangkal 'kemunasabahan' dan 'hak membantah dan memberontak', tetapi serupa seperti Burke, beliau tidak mentakrifkan terorisme dari segi kemilitanan mangsa seperti Kofi Annan.[3] Pendekatan yang diutamakannya adalah bertumpu pada aspek-aspek tertentu di dalam terorisme yang boleh dikaji tanpa menggunakan konsep itu sendiri yang sarat dengan 'banyak putar belit dan dongeng'. Ini bererti bertumpu pada komponen-komponen 'keganasan' dan 'keganasan politik' yang tertentu dalam terorisme.[4]

Dengan menyedari perbahasan ini, pengganasan berani mati itu ditakrifkan oleh Ami Pedahzur sebagai "kepelbagaian tindakan-tindakan ganas yang dilakukan oleh pihak yang sedar bahawa peluang untuk hidup selepas bertindak adalah hampir dengan sifar."[5] Ini termasuk pengeboman berani mati dan bermacam-macam lagi taktik berani mati yang berikut.

Jenis

  • Serangan berani mati berjalan kaki: tali pinggang letupan, bom beg galas
  • Cubaan serangan berani mati yang menyasar pesawat: Richard Reid di Penerbangan 63 American Airlines
  • Bahan letupan tersorok dalam badan: Serangan terhadap Putera Saudi, Muhammad bin Nayef pada 2009[6]
  • Bom kereta berani mati: Pengeboman berek Beirut 1983, pengeboman Bank Pusat Sri Lanka, pelbagai kejadian di Iraq sejak 2003
  • Serangan berani mati dengan boat with explosives: serangan mengebom USS Cole di Aden, Yaman oleh Al-Qaeda; pengaraman SLNS Sagarawardena di Sri Lanka oleh Harimau Tamil.
  • Serangan berani mati dengan kapal selam yang berisi bahan letupan (torpedo panduan manusia): Kaiten yang digunakan oleh Jepun pada Perang Dunia Kedua
  • Serangan berani mati dengan memakai tali pinggang letuan: Pembunuhan Perdana Menteri India, Rajiv Gandhi oleh Thenmuli Rajaratnam dari Harimau Pembebasan Tamil Eelam (LTTE).
  • Serangan berani mati dengan basikal letupan: Pembunuhan Presiden Sri Lanka, Ranasinghe Premadasa oleh LTTE
  • Serangan berani mati dengan merampas pesawat jet komersil yang berisi bahan api: Serangan 11 September 2001
  • Serangan berani mati dengan pesawat persendirian: Hempasan pesawat Austin 2010
  • Serangan berani mati dengan melencongkan bas ke dalam jurang: Serangan bas 405 Tel Aviv Baitulmaqdis
  • Serangan berani mati dengan senjata api: Serangan pemberontak terhadap Parlimen India pada Disember 2001 yang meragut 15 nyawa; pembunuhan beramai-ramai Anuradhapura yang meragut 146 nyawa.
  • Serangan berani mati dengan memandu kereta laju-laju ke arah orang keramaian atau memecah perintang keselamatan: Serangan terhadap kerabat diraja Belanda 2009

Rujukan

Wikiwand in your browser!

Seamless Wikipedia browsing. On steroids.

Every time you click a link to Wikipedia, Wiktionary or Wikiquote in your browser's search results, it will show the modern Wikiwand interface.

Wikiwand extension is a five stars, simple, with minimum permission required to keep your browsing private, safe and transparent.