Pengimejan resonans magnet
pemeriksaan yang menggunakan medan magnet dan gelombang radio untuk menghasilkan gambaran imej organ dan struktur dalam badan / From Wikipedia, the free encyclopedia
Pengimejan resonans magnet (bahasa Inggeris: Magnetic Resonance Imagingcode: en is deprecated , dipendekkan kepada MRI) merupakan satu kaedah pengimejan perubatan yang digunakan untuk menghasilkan gambar organ dalaman dalam organisma hidup dan juga untuk mengesan jumlah kandungan air dalam struktur geologi. Ia biasanya digunakan untuk menggambarkan secara pathologi atau perubahan fisiologi tisu hidup dan juga menganggarkan ketelusan batu kepada hidrokarbon. Pengimbas teknik pengimejan ini menggunakan medan magnet, dan gelombang radio untuk menghasilkan imej dalaman badan, berbanding imbasan tomografi berkomputer yang lebih menggunakan sinar-X dan sinaran pengion.