From Wikipedia, the free encyclopedia
Penyerangan Belgrade atau operasi ofensif strategik Belgrade (Serbia: Београдска операција / Beogradska operacija; Rusia: Белградская стратегическая наступательная операция , Belgradskaya strategicheskaya nastupatel'naya operatsiya ) (15 September 1944 – 24 November 1944)[6] adalah operasi ketenteraan semasa Perang Dunia II di Yugoslavia dimana Belgrade telah dibebaskan dari Wehrmacht Jerman melalui usaha sama Tentera Merah Soviet, Partisan Yugoslavia, dan Tentera Bulgaria.[7] Bala tentera Soviet dan militia tempatan melancarkan operasi bersepadu yang berasingan tetapi tidak teratur terhadap Jerman di Belgrade dan berjaya mengundurkan mereka.[8] Perancangan militari dikoordinasikan sama rata diantara pemimpin tentera, dan operasi ini sebahagian besarnya dihidupkan melalui kerjasama taktikal antara Josip Broz Tito dan Joseph Stalin yang bermula pada September 1944.[9][10] Persediaan militari ini membolehkan tentera Bulgaria terlibat dalam operasi diseluruh wilayah Yugoslavia, yang mana meneruskan kejayaan taktikal sambil meningkatkan perselisihan diplomatik.[11]
Penyerangan Belgrade | |||||||
---|---|---|---|---|---|---|---|
Sebahagian daripada Barisan Yugoslavia dan Barisan Timur dalam Perang Dunia II | |||||||
Kereta kebal T-34/85 Soviet yang musnah di Belgrade (Istana Albanija di latar belakang) | |||||||
| |||||||
Pihak yang terlibat | |||||||
Pihak Bersekutu Kesatuan Soviet Partisan Yugoslavia Bulgaria | |||||||
Komandan dan pemimpin | |||||||
Fyodor Tolbukhin Nikolai Gagen Vladimir Zhdanov Peko Dapčević Danilo Lekić Vladimir Stoychev Kiril Stanchev Asen Sirakov |
Maximilian von Weichs Wilhelm Schneckenburger † Hans Felber Alexander Löhr | ||||||
Unit terlibat | |||||||
Barisan Ke-3 Ukraine Kor 1 Kor-12 Tentera Darat 1 Tentera Darat Ke-2 Tentera Darat Ke-4 |
Kumpulan Tentera Darat F Tentera Darat Ke-2 Panzer Pengawal Kebangsaan Serbia[perlu rujukan] | ||||||
Kekuatan | |||||||
580,000 askar 3,640 pucuk artileri 520 kereta kebal dan meriam serbuan 1,420 pesawat 80 kapal |
150,000 askar (kebanyakan askar infantri berkelas rendah & askar sokongan bukan-Jerman) 2,100 pucuk artileri 125 kereta kebal dan meriam serbuan 350 pesawat 70 kapal | ||||||
Kerugian dan korban | |||||||
Pihak Soviet: 2,953 terbunuh (serangan atas Belgrade sahaja)[5] | 45,000[perlu rujukan] |
Objectif utama serangan Belgrade ialah membebaskan pendudukan Jerman ke atas Serbia, menawan Belgrade sebagai satu kubu strategik di rantau Balkan, dan memutuskan talian komunikasi Jerman antara Greece dan Hungary.[12] Penyerangan ini telah dipimpin oleh Barisan Ke-3 Ukraine Soviet dengan kerjasama Kor Pertama Yugoslavia. Operasi serentak di bahagian selatan melibatkan Tentera Darat Ke-2 Bulgaria dan Kor XIII Yugoslavia, dan pencerobohan Barisan Ke-2 Ukraine ke arah utara dari sempadan Yugoslav-Bulgaria memberi tekanan tambahan terhadap tentera Jerman.[13] Terdapat beberapa pertembungan antara tentera Bulgaria dan rejimen anti-partisan Jerman di Macedonia yang mewakili kempen operasi tempur paling selatan.[14][15]
Seamless Wikipedia browsing. On steroids.
Every time you click a link to Wikipedia, Wiktionary or Wikiquote in your browser's search results, it will show the modern Wikiwand interface.
Wikiwand extension is a five stars, simple, with minimum permission required to keep your browsing private, safe and transparent.