Perancis
negara di Eropah Barat / From Wikipedia, the free encyclopedia
Perancis atau nama rasminya Republik Perancis (Perancis: République françaisecode: fr is deprecated [9] [ʁepyblik fʁɑ̃sɛz]) ialah sebuah negara rentas benua menjangkau wilayah metropolitannya (dipanggil Perancis Metropolitan) terletak di Eropah Barat dan juga pulau-pulau dan wilayah seberang laut yang terletak di benua Amerika dan lautan-lautan Atlantik, Pasifik dan Hindi.
Republik Perancis ريڤوبليك ڤرانچيس République Française | |||||
---|---|---|---|---|---|
| |||||
Cogan kata: Liberté, Égalité, Fraternité Kebebasan, Kesaksamaan, Persaudaraan | |||||
Lagu kebangsaan: La Marseillaise | |||||
Ibu negara dan bandar terbesar | Paris | ||||
Bahasa rasmi | Bahasa Perancis | ||||
Kerajaan | Republik Semiberpresiden | ||||
• Presiden | Emmanuel Macron | ||||
Gabriel Attal | |||||
Keluasan | |||||
• Jumlah | 640,679 km2 (247,368 bt2)[1] (42nd) | ||||
0.86 (as of 2015)[2] | |||||
• Metropolitan France (IGN) | 551,695 km2 (213,011 bt2)[upper-roman 1] (50th) | ||||
• Metropolitan France (Cadastre) | 543,940.9 km2 (210,016.8 bt2)[upper-roman 2][3] (50th) | ||||
Penduduk | |||||
• Perkiraan May 2021 | 67,413,000[4] (ke-20) | ||||
• Kepadatan | 104.7109/km2 (106th) | ||||
• Perancis Benua, estimate setakat May 2021[kemas kini] | 65,239,000[5] (23rd) | ||||
116/km2 (300.4/sq mi) (ke-89) | |||||
KDNK (PPP) | 2021 | ||||
• Jumlah | ▲ USD3.232 trilion[6] (9th) | ||||
▲ USD49,492[6] (ke-25) | |||||
KDNK (nominal) | 2021 | ||||
• Jumlah | ▲ USD2.938 trilion[6] (ke-7) | ||||
▲ USD44,995[6] (ke-24) | |||||
Gini (2019) | 29.2[7] rendah | ||||
HDI (2019) | ▲ 0.901[8] sangat tinggi · ke-26 | ||||
Mata wang | Euro (€), CFP franc1 ( EUR, XPF ) | ||||
Zon waktu | UTC+1 (CET) | ||||
UTC+2 (CEST) | |||||
Kod panggilan | 33 | ||||
Kod ISO 3166 | FR | ||||
DPT internet | .fr | ||||
1di wilayah luar negeri sahaja |
Perancis Metropolitan, iaitu wilayah Perancis yang utama, bersempadan dengan Teluk Biscay dan Selat Inggeris, antara Belgium dan Sepanyol, tenggara United Kingdom; bersempadan dengan Laut Mediterranean, antara Itali dan Sepanyol. Wilayah ini juga mempunyai sempadan dengan negara Belgium, Jerman dan Luxembourg di sebelah timur laut; Switzerland di sebelah timur; Itali dan Monaco di sebelah tenggara; dan Andorra dan Sepanyol di sebelah barat daya. Selain itu, Wilayah Luar Negeri Perancis Guiana Perancis juga berkongsi sempadan darat dengan Brazil dan Suriname, dan Saint-Martin pula bersempadan dengan Antillen Belanda. Perancis dihubungkan dengan United Kingdom melalui Terowong Selat, yang berlalu di bawah Selat Inggeris. 18 kawasan utama Perancis (lima daripadanya terletak di luar negeri) menjangkau keluasan 643,801 km2 (248,573 bt2) dan lebih 67 juta orang penduduk (setakat Mei 2021[kemas kini]).[10]
Perancis adalah antara anggota pertama dan utama Kesatuan Eropah,[11] ahli Pertubuhan Perjanjian Atlantik Utara, Pertubuhan Kerjasama dan Pembangunan Ekonomi, G7 dan ahli tetap Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu.