From Wikipedia, the free encyclopedia
Persekutuan Sukan Ekuestrian Antarabangsa (Perancis: Fédération Équestre Internationale ; FEI) merupakan lembaga sukan ekuestrian antarabangsa.
Kerangka | |
---|---|
Kependekan | FEI |
Jenis/bentuk sah | Badan induk sukan antarabangsa |
Anggota bagi | Persatuan Global Persekutuan Sukan Antarabangsa, Persatuan Persekutuan Antarabangsa Sukan Olimpik Musim Panas |
Tapak web | www |
Sejarah | |
Ditubuhkan | 1921 |
Lokasi | |
Ibu pejabat | Lausanne |
Koordinat | 46°31′N 6°38′E |
Kawasan perkhidmatan | Bumi, seluruh dunia |
sunting · sunting di Wikidata |
Ibu pejabat FEI terletak di Lausanne, Switzerland. FEI menyediakan tatatertib untuk membela kebajikan kuda serta mencegah penderaan atau penyalahgunaan dadah.
FEI mencakupi tujuh jurus ekuestrian dan para-ekuestrian dalam pengawalseliaan pertandingan antarabangsa:
Dua jurus yang berikut pula adalah di bawah penyeliaan serantau:
FEI tidak menyelia atau menggubal peraturan untuk lumba kuda atau polo, tetapi dalam hal polo, ia telah memeterai memorandum persefahaman dengan Persekutuan Polo Antarabangsa.
Sukan melompat, dressage dan eventing merupakan sebahagian acara Olimpik sejak 1912. Dressage para-ekuestrian pula menyertai Sukan Paralimpik sejak 1996.
FEI menganjurkan Sukan Ekuestrian Sedunia FEI setiap empat tahun sejak 1990. Gagasan Sukan Ekuestrian Sedunia timbul pada pertengahan 1980-an dan menerima sokongan padu daripada Presiden FEI ketika itu, iaitu Putera Philip, Duke Edinburgh.
Sukan Ekuestrian Sedunia merangkumi Kejohanan Dunia dalam kesemua jurus global FEI.[1]
Piala Dunia FEI merupakan siri ekuesterian dalam bangunan yang diadakan di seluruh dunia dengan liga-liga kelayakan yang menjurus kepada pusingan akhir di setiap jurus. Piala Dunia FEI bermula dengan show jumping pada tahun 1978 dan semenjak itu dilanjutkan kepada jurus-jurus dressage, sukan kereta kuda dan sukan pelana.
Kejohanan Dunia, Sebenua dan Serantau FEI dianjurkan dalam kesemua jurus dan kategori umur FEI. Antaranya:
FEI ditubuhkan pada 1921 dengan persatuan pertubuhan-pertubuhan kebangsaan dari Belgium (BEL), Denmark (DEN), Perancis (FRA), Itali (ITA), Jepun (JPN), Norway (NOR), Sweden (SWE) dan Amerika Syarikat (USA). Kini, terdapat 132 buah persatuan ekuestrian kebangsaan yang bersekutu dengan FEI.[2]
Seamless Wikipedia browsing. On steroids.
Every time you click a link to Wikipedia, Wiktionary or Wikiquote in your browser's search results, it will show the modern Wikiwand interface.
Wikiwand extension is a five stars, simple, with minimum permission required to keep your browsing private, safe and transparent.