Peter Pan
From Wikipedia, the free encyclopedia
Peter Pan atau tajuk penuhnya Peter Pan; or, the Boy Who Wouldn't Grow Up ("Peter Pan: Si Pemuda Lelaki yang Tidak Akan Membesar") ialah sebuah cerita dongeng Barat yang dikarang oleh seorang penulis novel dan skrip layar berbangsa Scotland iaitu Sir James Matthew Barrie. Kisah mengenai kanak-kanak nakal yang boleh terbang dan secara ajaib enggan membesar, Peter Pan menghabiskan masa pengembaraan kanak-kanaknya yang abadi di sebuah pulau kecil Neverland sebagai ketua Kanak-kanak Sesat, bercampur dengan duyung, Indian Merah, Pari-pari, dan lanun, dan kadang-kala bertemu kanak-kanak biasa di dunia luar. Tambahan kepada dua kerja berbeza oleh Barrie, watak ini telah ditonjolkan dalam pelbagai media dan dagangan, kedua-duanya mengambil dan mengembangkan karya Barrie.